Showing posts with label ~perkongsian~. Show all posts
Showing posts with label ~perkongsian~. Show all posts

Jun 29, 2012

~New Life~

Alhamdulillah.Akhirnya kini aku rasminya sudah masuk ke new phase of life iaitu working life.Minggu ni masuk minggu kedua aku di GTS.Tetapi sebenarnya seminggu je di ofis,sebab ambik cuti in lieu PIPE hari tu 4 hari.Haha.

Seminggu yang awal memang takde keje pape lagi pun.Duduk bersembang,tolong staff lain,pastu balik.Kalau rajin sikit,baca lah manual manual yang terjumpa kat situ.Masa second week,baru diassignkan department.Aku tak pasti lagi ke mana,cuma terdengar dengar rumour je la,since aku da bercuti time tu.Khabarnya ,ada kawan kawan da tak masuk ofis dayabumi da.Ada kena pergi tempat lain,bergantung pada arahan supervisor department masing masing.Huh.Berdebar pula nak tunggu Isnin ni.

Aku tinggal di KL ,di kawasan Taman Melati.PV5 to be exact.Setakat ni,rasanya sangat sangat ok.Facilities,environment semua ok.Cumanya,majoritinya adalah chinese,student KTAR.dan juga geng geng foreigner.Kalau dalam seminggu tu,maybe ada la 4 5 kali terserempak dengan orang Melayu.Haha.Keadaan surau di sini juga tak banyak beza dengan UTP dulu.Maksud aku surau V3.Makna memang diisi oleh sahabat sahabat foreigner kita.Kalau dalam 2 saf,adalah sorang dorang orang kita.Masa awal2 di sana,aku kerap ke surau PV3.Lalu berkenalanlah dengan seorang pakcik ni.Pakcik Zul namanya.Sentiasa konsisten ke surau,dan merupakan antara yang terawal akan sampai di situ.Alhamdulillah,Allah ketemukan aku dengan dia.Dia lah yang tunjuk tunjukkan area makan kat situ,then tunjukkan mana surau2 yang ada(yang solat lebih awal berbanding surau foreigner,untuk golongan bekerjaya terutamanya).Thats why,aku sangat bersetuju dengan kata kata yang pernah aku dengar sebelum ini yang 'Masjid adalah sebaik baik tempat untuk bersosial'.Ada gak kenal lecturer UIA dari Kashmir.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi dugaan yang mendatang.Dari segi dugaan kerjanya,dugaan kehidupannya,dan segala macam dugaan yang ada.Rasa macam tak percaya je aku da sampai ke fasa ini.Dalam fikiran,memang terset yang aku masih seorang student.Haha.

Rabbi yassir wala tuassir.

Oct 12, 2011

~Mana lebih baik?~

Pabila kita diberi pilihan oleh penaja masing masing.

Contoh terdekat untuk kami di sini ialah PETRONAS.Tiba tiba sahaja PETRONAS membuat suatu pengumuman kepada semua pemegang biasiswanya

"Disebabkan perniagaan PETRONAS semakin baik hari ke hari,kami berminat untuk menaikkan elaun anda.Anda boleh memilih sama ada kekal dengan RM 500 ataupun skim baru berjumlah RM 700 sebulan"

Jadi,apa pilihan anda?
Keliru?

Ceh.Sedangkan tiada sebarang pemberitahuan pun ,kita semua mengharapkan elaun dinaikkan,ni apatah lagi jika kita ditawarkan.Ala ala "orang mengantuk disorong bantal".Hehe.Itulah jawapan aku akan berikan.RM700!!Dan aku pasti jawapan yang sama diperoleh dari rakan rakan yang lain.

Mengapa RM700?Mudah jawapannya.RM700 lebih tinggi nilainya


27: 1

Itu adalah sifir yang mudah.Kita akan suka sesuatu yang memberi lebih manfaat pada kita.RM700 itu lebih banyak jumlahnya dan lebih manfaat yang boleh diperoleh darinya.

Tetapi mengapa respon yang berbeza bila kita berbicara perihal Solat Berjemaah?Bukankah Nabi telah bersabda mengenai kelebihannya

"Solat Jemaah adalah lebih utama dari solat fadz(yakni bersendirian) dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat"[Muttafaq'alaih]

27 kali ganda pahala/darjat yang diberikan sekiranya kita bersolat jemaah.Semua sudah maklum berkenaan hadith ini bahkan mungkin sahaja ramai yang sudah menghafal hadith ini.Tetapi sejauh mana praktikalnya di dalam masyarakat kita.Majoriti yang memenuhi surau/masjid adalah kelompok kelompok warga emas.Ke mana anak muda kita?

Jika dibuat grafik dengan statistik kehadiran jemaah ke surau atas masjid,pasti ia boleh menghasilkan trend "seasonal"(term dari Operation Management) dalam sehari itu.Maghrib mencatatkan yang paling tinggi,dan Subuh akan menjadi kawasan paling bawah sekali.



Perlukah ganjaran?

Ganjaran ditawarkan sebagai sumber penambah untuk kita lebih berusaha.Ganjaran menjadi motivasi tambahan.Tetapi jika ganjaran sahaja yang menjadi matlamat,maka di penghujung jalan,kita akan berasa lelah.

Seperti mana kita bekerja,jika mengharapkan gaji,harapkan gaji,harapkan gaji semata mata,pasti kita akhirnya hilang semangat seperti mana di awalnya dahulu.Jadi,haruskah kita mengharapkan ganjaran semata mata pabila beribadah?

Sebab itulah apa yang penting sebenarnya dalam berbuat ibadah adalah rasa kemanisan itu.Rasa seronok bila solat berjemaah.Rasa seronok bila membaca al Quran.Bila timbul perasaan begitu,itulah yang dinamakan motivasi iman.Motivasi yang didorong iman untuk terus melakukan kebaikan dan insyaallah mendorong juga untuk kekal beristiqamah.Motivasi yang akan menciptakan perasaan gelisah bila tidak berbuat kebaikan.


Konklusi

Di saat saat kita muda inilah,gunakan sepenuh kudrat yang kita ada untuk memenuhi saf saf di masjid.Ayuh penuhkan masjid masjid indah di Malaysia ini.Biarlah berbaloi masjid masjid itu dibina.Bukan sekadar menjadi tempat pertemuan mingguan di hari Jumaat atau sekadar menjadi tempat lawatan pelancong.

“Apabila kamu lihat seorang lelaki yang sentiasa berulang-alik ke masjid, maka hendaklah kamu bersaksi dengan keimanannya”. (Hadith riwayat Tirmidzi)





Sep 29, 2011

~Bersama-samalah kita~

Aku buka entry ini dengan sebuah ayat yang begitu mendalam maksudnya.

"Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan  perhiasan kehidupan dunia;dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami,serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas"[18:28]

Sepotong ayat muhkamat yang jelas isi kandungan dan mesejnya.Ayat yang sempat dikongsikan dengan halaqah baru baru ini.Antara mesej yang disampaikan

*Bersabarlah kita dengan orang yang mengajak kepada kebaikan(kepada Allah)
*Janganlah menjauhi mereka kerana mengharapkan dunia(keseronokan dunia dan sebagainya)
*Janganlah kita mengikuti/menuruti orang yang telah dilalaikan /mengajak kita kepada kelalaian seperti mereka.

Bila diajak kepada kebaikan,ayuh,ringan ringankanlah.Bila diajak kepada keburukan.kemaksiatan,ayuh tangguh tangguhkan dan tinggalkanlah.

Moga diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab berat yang diberikan,dan kekuatan untuk memperbaiki diri.

Aug 19, 2011

~Cetusan minda~

Di sebalik kekalutan fikiran,aku gagahkan diri untuk aku berfikir.Ke mana hala tuju,ke mana destinasi aku.Adakah aku di jalan yang sepatutnya ,atas  jalan lurus itu?

Manusia begitu fragile.Kanan kiri aku semuanya manusia.Kau dengan cara kau.Aku dengan cara aku.Kamu dengan cara kamu.Masa terus bergerak berdetik meninggalkan aku.Laju umpama angin.Sedar sedar,aku sudah terlepaskan masa masa lampau.

Ramadhan hampir sampai penghujungnya.Kedatangannya aku raikan.Kiri kanan manusia berubah.Sebab itu aku katakan manusia ini fragile.Jika dulu solat diabaikan,kini dijaga.Jika tilawah diabaikan,sekarang menjadi teman setia.Jika solat di bilik menjadi pilhan utama,sekarang penunggu setia di saf pertama.

Artis yang dulu hampeh sekarang bertransformasi.Kagum aku melihatkan putaran alam,anjakan paradigma hebat dari mereka.Kadang kadang aku cemburu.Hebatnya hidayah Allah mengubah manusia.Totally different.Aku ingin sangat sangat merasa rasa itu.Rasa menukar diri sepenuhnya.Tapi aku takut,jika aku ditakdirkan begitu,aku tak mampu berubah.

Aku cemburu.Aku kagum.Aku terinspirasi.Cukupkah amalan aku ini?.Aku ingin terus berlumba.Allah,kurniakan aku kekuatan.

note:Moga kamu dan aku sentiasa istiqamah
note:Selamat menyambut 10 malam terakhir.

Feb 8, 2011

~Bermanfaat tapi tidak dimanfaatkan~

Tersebutlah kisah,seorang anak lelaki,Rahman,kembali ke kampong.Mak Timah berasa gembira dengan kepulangan anaknya yang hampir 3bulan tidak pulang.Tambah menggembirakan Mak Timah,ialah pemberian hadiah dari anaknya,

Sebuah Komputer Riba lengkap dengan semua additional hardware yang lain.Printer,scanner dan sebagainya

Wah,Rahman.Bestnya.Lama mak mengidam nak pakai menatang ni

Rahman tau.Tu belikan mak.Ok mak.Ni printer,gunanya untuk mencetak apa apa dari computer ke atas kertas.Scanner pula,untuk scan dari kertas ke dalam computer.Ini namanya tetikus mak.Ni boleh gerak gerakkan anak panah dalam computer ni.Keyboard pulak boleh ditekan.Nanti akan ada huruf yang keluar.Semua lengkap mak.Nanti senanglah mak nak menaip,nak buat recording tuk perniagaan mak tu.Nak masuk internet pun boleh.Boleh lah mak tengok cerita kegemaran mak tu,Akademi Fantasia.

Wah.Canggihnya.Terima kasih Man

Selang beberapa hari,Rahman pun pulang semula ke kota.Komputer yang dihadiahkan dijaga betul betul oleh Mak Timah.Dialaskan dengan kain hijau bercorak kuning di atasnya.Mengelakkan dihinggapi habuk.

Timah oo Timah

Ye Siti oi.Aku kat dalam ni.Masuk lee

Wah.Ini apa ni Timah oi.Macam benda mahal jek”Sambil menunjuk ke computer Mak Timah.

Ini ko tak tahu ke?Inilah computer riba.Ala yang orang panggil letop letop tu.Takkan tak tahu

Ceh.Laptop la Timah.Letop apa jadahnya.Hahaha

Ala lebih kurang la tu.Ni anak aku Rahman belikan. Ni printer,gunanya untuk mencetak apa apa dari computer ke atas kertas.Scanner pula,untuk scan dari kertas ke dalam computer.Ini namanya tetikus Siti.Ni boleh gerak gerakkan anak panah dalam computer ni.Keyboard pulak boleh ditekan.Nanti akan ada huruf yang keluar.Semua lengkap tau siti.Nanti senanglah aku nak menaip,nak buat recording tuk perniagaan kuih ngan nasi lemak aku tu.Nak masuk internet pun boleh.Boleh lah aku tengok cerita kegemaran aku tu,Akademi Fantasia.Hahah

Wah.Bestnya.Macam mana nak pakai ni.Ajarlah aku cepat.”

Tapi aku tak reti nak pakai lah Siti.Aku memang tak pernah pakai pun

Erk
----------------------------------------------------------------
Apa agaknya yang kita Nampak dari cerita di atas?
Masih belum Nampak?
Tidak mengapa..

Apa yang hendak di sampaikan sebenarnya ialah sebesar mana manfaat sesuatu itu,tetapi jika tidak menggunakannya,makanya,tiadalah ia memberi manfaat pada empunya diri.

Begitu juga dengan Al Quran.Semua orang tahu akan fadhilat membaca Al Quran,malah mengetahui dalil dalil yang menyuruh kita berbuat demikian.Akan tetapi,ia masih tidak dapat memberi manfaat jika kita tidak mengamalkan bacaan Al Quran.

Al Quran mukjizat agung yang dianugerahkan pada Uswah Hasanah kita,Nabi Muhammad S.A.W.Satu mukjizat yang begitu agung hingga ramai orang kafir terpesona bila mengkaji Al Quran,tewas apabila ingin berdebat dengan isi Al Quran.Dan segala ilmu,ilmu dunia mahupun akhirat terkandung di dalamnya.Subhanallah.

Bacalah olehmu semua akan Al Quran sebab al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat-yakni pertolongan kepada orang orang yang mempunyainya”[Riwayat Muslim]

Maka apa yang membuatkan kita rasa berat untuk membacanya?Syafaat akan diberikan di akhirat kelak.

Aku ni payah sikitlah.Yela.Baca merangkak rangkak.Satu page pun rasa macam nak khatam satu Quran je lamanya

Memang benar,Ianya sukar bagi sesiapa yang bacaannya kurang lancar.Perlu membaca sedikit demi sedikit.Tapi itu bukanlah satu alasan yang kukuh untuk tidak membaca Al Quran.Bahkan orang yang begitulah perlu membaca lebih banyak

“Orang yang membaca Al Quran dan ia sudas mahir dengan bacaannya itu,maka ia adalah beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat berbakti,sedang orang yang membaca Al Quran dan ia berbolak balik dalam bacaannya yakni tidak lancar,juga merasa kesukaran di waktu membacanya itu,maka ia dapat memperoleh dua pahala”[Muttafaq ‘alaih]

Bila nak bicarakan tentang fadhilat membaca Quran,subhanaallah,terlampau banyak hadith hadith dan ayat Quran berbicara mengenainya.Sudah pasti,jika kita mahukan kebaikan itu,pasti kita akan berusaha ke arahnya.

Kalau baca sehelai sehari,kira ok la kan.Asalkan baca gak

Tiada siapa yang mengatakan salah.Malah ia satu permulaan yang baik.Akan tetapi,kita yakin akan Allah.Kita mengaku kita perlukan Allah.Tetapi kenapa harus kita sekat sekatkan wasilah untuk kita menghampiriNya,untuk mengingatiNya.Kita boleh ‘sms’ buayafriend atau gelifriend(istilah Ustaz Hasrizal) setiap masa.Sampai tak menang tangan nak menaipnya.Alasannya,untuk menambah kemesraan,untuk menunjukkan kasih sayang.Jadi,untuk Tuhan,Pemilik Sekalian Alam ini,sudah pastilah kita perlu lebih daripada itu kan.

Sebagai renungan buat kita

“Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca Al Quran ialah seperti buah jeruk utrujah,baunya enak dan rasanyapun enak dan perumpaan orang mu’min yang tidak suka membaca Al Quran ialah seperti buah kurma,tiada baunya tetapi rasanya manis.Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca Al Quran ialah seperti minyak harum,baunya enak sedang rasanya pahit,dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca AL Quran ialah seperti rumput hanzhalah,tidak ada baunya,dan rasanyapun pahit”[Muttafaq alaih]

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Oct 5, 2010

~Hitam dan Putih~



Hitam menjadi putih

Putih menjadi hitam

Ini bukan main main.Ini bukan warna tahi cicak ok.

Warna warna ini sering dijadikan simbolik dalam kehidupan kita.

Baru baru ini,aku disajikan dengan sebuah drama mungkin yang bertajuk "Bisikan Syaitan".Jalan cerita ini mungkin biasa bagi sesetengah orang.Tapi ianya sesuatu yang mempunyai mesej.

Sinopsis

Ada 2 beradik Faizal dan Zahari.Faizal seorang yang gemar berfoya foya manakala Zahari pula abang yang begitu baik dan rajin solat di masjid.Faizal ini pula sering pulang lewat malam dan dia juga rapat dengan Ayu,anak kepada seorang wanita yang bertudung.Faizal makin lama makin teruk.Perempuan silih berganti.Zahari sudah puas menasihati adiknya itu,tetapi tidak pernah berhasil.Malah dia pula dicabar dan dikutuk oleh adiknya.Dan titik perubahan berlaku,pabila Ayu bertanyakan Faizal tentang solat dan Faizal berjanji akan bersolat untuk menyenangkan hati Ayu.Dan selepas itu,dia kerap memikirkan perkara itu dan hidayah itu datang.Manakala Zahari pula,berubah 180 darjah.Dia pula sering pulang lewat dan berfoya foya dengan wanita.Dan di pengakhirannya,rumah mereka terbakar,Faizal yang sedang membaca Quran,sempat melarikan diri,manakala Zahari mati di dalam rumah itu.Lagi menyedihkan Zahari mati ketika sedang bermaksiat dengan pasangannya.

Familiar bukan kisah ini dengan kisah ahli ibadah dan ahli maksiat,yang mati ketika hendak melakukan maksiat dan ibadah?

Fokus entry ini bukanlah kepada cerita itu sebenarnya,tetapi kepada perubahan yang berlaku.

Hitam pada Putih

Ia nya tidak mustahil,jika seseorang yang dahulunya begitu mencintai maksiat,sering berbuat perkara keji,akhirnya berubah.Hidayah itu milik Allah,seperti mana ada difirmankan dalam surah Al Al An'am.Jika dilihat kepada sejarah para sahabat,Umar al Khatab,yang digelar Al Faruq begitu membenci nabi.Beliau juga pernah membunuh bayi kerana itu adalah budaya di zaman Jahiliyah itu.Akan tetapi,pabila datangnya hidayah Allah,diiringi lantunan suara ayat dari surah Thoha,subhanallah,Umar berubah malah menjadi pahlawan Islam yang disegani dan antara faktor yang memudahkan penyebaran Islam di peringkat awal.

Putih pada Hitam

Dan ini juga tidak mustahil,jika seseorang yang dahulunya taat beribadah,rajin ke masjid,Quran dialunkan di masa lapang,berubah menjadi di sebaliknya.Kerana syaitan itu telah berjanji,dia akan senantiasa menghasut anak Adam,agar menjejaki langkahnya ke neraka,dimurkai Allah.

"Iblis menjawab,"karena Engkau telah menyesatkan aku,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan Mu yang lurus"[7:16]

Perubahan inilah yang sangat merugikan.Tatkala umat memerlukan orang sebegini untuk memimpin dan mengukuhkan umat,tetapi hilangnya ia dalam keseronokan kehidupan yang fana ini.

Situasi sekarang

Kehadiran facebook benar benar merubah gaya hidup sekarang.Berita lebih mudah tersebar,dan lebih mudah mendapat liputan dari pelusuk masyarakat.Dan begitu juga berkenaan isu isu terkini,hinggakan ada yang membuat fan page untuk mengulas isu isu berlaku sekarang.Antara yang boleh dijumpai.

[klik tuk tumbesaran lebih hebat]

Pada pendapat aku,tak perlulah kita membenci orang orang yang melakukannya.Sepatutnya kita membantu mereka,untuk perbaiki kesilapan mereka.

Dan sebetulnya,kita patutnya MEMBENCI MAKSIAT yang dilakukan.Bukan orangnya.Kerana janji Allah itu pasti.Hidayah milikNya.Sesiapa yang dikehendakinya pasti mendapat cahaya itu.Mungkin Allah uji mereka dengan sebegitu rupa dahulu,sebelum mengurniakan nikmat hidayah tu.Siapa yang tahu.

Sepatutnya

Kita ini manusia.Takkan terlepas dari melakukan kesilapan.Dari kesilapan yang kecil,hinggalah kesilapan yang besar.Jika menyedari kesilapan yang kita lakukan itu,perkara pertamanya ialah TAUBAT.

Ada diriwayatkan dalam sebuah hadis,Allah begitu menyukai hambanya yang bertaubat.Jadi,apa lagi yang hendak ditunggu.Bermuhasabah lah kita.

Dan ada pesanan dari seorang saudara ,jikalau iman sudah down,janganlah pendamkan.Temui orang yang bersesuaian.Dan yang penting di kala down.,jangan sekali kali meninggalkan ibadat yang fardhu.

Akhir kata,sedikit perkongsian dari Surah Al A'raf,201
"Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi fikiran fikiran jahat dari setan,mereka pin segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan kesalahan itu."

Moga bermanfaat buat diri ini dan pembaca

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"[51:55]

Sep 20, 2010

~Kegilaan Internship~


Hari ini 20 September.Akhirnya berakhirlah cuti panjang yang mendamaikan.Dan bermulanya sesi baru internship.Malasnya..

Masuk minggu ini,ialah minggu ke 16 sesi internship aku di Possehl Electronics Melaka.Sedar tak sedar,sudah 50% daripada tempoh praktikalku telah aku jalani.Total minggu ialah 32 minggu.

Bertindak sebagai trainee di tempat yang pertama kalinya mengambil student dari UTP,bukanlah suatu yang mudah.Ketiadaan sebuah sistem yang standard menyebabkan keempat student dari UTP menjalani kehidupan yang agak berbeza.Ada yang bekerja seperti pekerja yang lain,maksudnya ada daily work,ada yang menunggu projek projek dari supervisor dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk belajar benda benda tiada kena mengena dengan departmentnya.

Pada awalnya,aku sekadar menantikan projek projek daripada supervisor aku.Dan mostly projek dijalankan dalam labscale.Dan ada masa masanya,waktu aku begitu lapang,kerana tiada kerja.Hehe.Jadi kerja aku,adalah menyepam di Google Group Cheme Jan 07 dan juga membaca blog blog di komputer yang disediakan.

Pabila aku mula terasa bosan,aku meyelak note note berkenaan proses di dalam plant.Menyelak ok..Bukan membaca.Hahaha.Dan ada ketikanya,ini lah yang berlaku



Bosan tak ingat terutama di waktu pagi tu.Huhu.Jadi terhasillah karya yang menakjubkan ini.Haha.Sebenar banyak je lagi conteng conteng tapi cukuplah ini tuk diuploadkan.Haha.

Dan pasca raya ini,aku ingatkan rutin seperti biasa.Hanya menunggu sahaja kerja dari bos.Tetapi disebabkan beberapa lab assistant telah resign,maka aku ditugaskan untuk membekap(back up) tenaga kerja di lab dengan melakukan Daily Lab Analysis.Awal awal cam rilek je a.Sempoi je buat.Tapi rupanya,fuh.Serius banyak gila.Terasa penat pulak hari ni.

Moga moga,internship ini akan berakhir dengan cepat.Haha.Tapi besnya intern ni,duit masuk + takde test + dapat duduk rumah.Hoho.Nasihat aku kepada kanak kanak yang bakal menjalani latihan industri ini,jalani lah kehidupan student kamu sekarang puas puas,tak perlu lah menunggu nunggu kan saat internship ni.Ia akan tiba juga.Macam aku dulu,punya lah tak sabar sabar,sekali da kerja,nak belajar balik a pulak.Haha.Cuti pun pendek pendek je a.Huhu.Tak syok.

Sekian sahaja karutan dari aku untuk ~CoretanKu~.

note:Keadaan letih baru balik kerja.
note:note:Bila la nak cuti panjang panjang lagi..

Wallahuallam

Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Taman Pulau Gadong Jaya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails