Showing posts with label CJ7. Show all posts
Showing posts with label CJ7. Show all posts

May 23, 2012

~Penantian yang berakhir~

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah masih lagi mengizinkan aku untuk terus hidup,untuk terus bernafas dengan nikmat yang super duper banyak dianugerahkan kepada aku..

Syukur lagi ku rafakkan kepada Allah dengan rahmat kurnianya,alhamdulillah,akhirnya penantian aku diakhiri dengan suatu kegembiraan.Menantikan jodoh?Haha

Penantian yang dirasakan begitu lama,iaitu placement kerja.

4bulan lebih setelah aku mengakhiri pembelajaran aku di Universiti Teknologi PETRONAS,dan 3bulan dalam tempoh waiting period oleh PETRONAS,akhirnya offer letter yang dinanti nanti akhirnya tiba di rumah.

Ini bermaksud,insyaallah,tidak lama lagi aku akan menuju ke fasa baru dalam kehidupan.Suatu kehidupan yang sangat mencabar diri,jati diri dan macam macam lagi.Kehidupan kan suatu ujian,jadi semestinya ia akan mencabar diri kita ni.

Pelbagai hikmah yang dipelajari sepanjang tempoh penantian ini.Belajar bersabar,ujian sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah,ujian bagaimana untuk menenangkan diri,dan juga ujian untuk kita bersyukur dengan apa yang diperoleh.Moga hikmah hikmah ini dapat membantu kita di masa hadapan.

Aku sangat bergembira dengan hadirnya offer letter ni.Tapi dalam kegembiraan aku,ada juga terselit kesedihan.Entah.Tak pasti sedih ke,kecewa ke.Haha.Kehadirannya yang sedikit lewat,mempengaruhi juga serba sedikit big decision yang perlu aku buat dalam hidup ini.Tetapi,aku redho.Pasti ada hikmah terselit dalam peristiwa yang telah berlaku kepada aku. :')

Kemudian,semalam,telah aku maklumkan tentang keputusan ini kepada anak halaqah.Sedih sebenarnya rasa.Ya lah.Hubungan semakin rapat.Mula mengenal peribadi masing masing.Pelbagai aktiviti telah dirancang.Tiba tiba,offer datang time time camni pulak kan.Haha.Ada hikmah,ada hikmah.(Tenangkan diri).Gembira dengar kata kata akhir,yang masing masing ingin berubah.Kegembiraan yang sangat sangat.Insyaallah,akan sentiasa mendoakan kalian.

Mudah mudahan,selepas ini pun,aku tetap berpijak di bumi yang nyata.Tugasan sebagai abdullah,hamba Allah,tidak pernah berakhir.Mudah mudahan aku mampu menjadikan diri aku sebagai seorang engineer muslim yang soleh dan musleh.Amin amin Ya Allah.~

~Mempersiapkan diri menghadapi kehidupan baru~

Mar 30, 2012

~Placement~

Bukak Facebook,tengok status kawan kawan UTP

"Alhamdulillah,moment yang paling dinanti"
"Thank you Allah,finally"
"I got the call"

Inilah situasi yang berlaku.Panggilan dari PETRONAS.

Hati aku bagai tercarik carik.Sebab aku pun tak dapat call lagi.Haha.

Di kala begini lah,Allah menguji kita.Sejauh mana kepercayaan kita dan kebergantungan kepada Allah.Yakinlah janji Allah itu benar.Sesungguhnya kita tidak tahu langsung akan perancangan Allah..He is The Best Planner.

Allahukhairulmakirin.



Teruskan bersabar.Tambahkan Amal.

Enjoy the holiday.I am sure,we will have no chance to have the holiday like this after being offered.Haha.

Jan 13, 2012

~Sahabat Untuk Selamanya~

CJ7ians in memory


Berjalan di pantai bersama Kak Jah
Singgah sebentar membeli Coklat Nini
Biarpun wajah tidak bertemu wajah
Kenangan disemadi kekal di sini


Pergi ke kedai membeli kari
Dikacau seadun hingga sebati
Biarpun jarak merentasi negeri
CJ7 tetap di hati!!

Dec 31, 2011

~The End~

Lama aku tak update blog.Mungkin kerna hambatan kerja dan tugasan yang dihadapi selaku pelajar final semester.Dan alhamdulillah,semalam selesai kesemua urusan melainkan beberapa urusan minor untuk tugasan akademik di UTP.

Semalam juga berlangsung  CJ7 Farewell Dinner.Dinner yang terakhir buat Chemi Jan 07 di UTP dan dinner yang dinanti nantikan sejak beberapa minggu yang lalu.


Kalau namanya dinner,pasti berkaitan dengan makanan.Tapi semua tu,awal awal aku da tolak tepi,sebab aku hanya fikir yang inilah gathering yang terakhir bersama sama CJ7 as a student.Dan alhamdulillah,it was awesome.Bila memerhatikan kawan kawan di sekeliling,memang sesuai persoalan MC,"Who has changed the most?".Kawan kawan yang aku mula kenal tika di foundation,majoritinya berubah.Mungkin bukan fizikal,tetapi their innerself.Yang dulu sangat "budak budak",tapi sekarang,dia pulak yang paling matang.Tenang dalam setiap tindakan.Kalau nak diceritakan pasal perubahan fizikal,of course lah jelas jelas.Haha.OK.Aku salah seorang mangsanya.

Dari malam tadi hingga ke pagi ni,aku tidak habis habis flash back the memories.Dari keadaan di lecture hall,di lab physic bersama Ahseng,Adi,Hamzah,Bell,Kamil bersama Mr Lai.Haha.Kemudian masuk undergraduate,the joy,the struggle yang dulunya rasa pahit,dan kini manis semanisnya.Bahkan aku merasakan tidak kisah untuk mengulanginya lagi.

Kini tinggal few days in UTP,dan pastinya,banyak muka muka CJ7ians yang akan dilihat buat kali terakhir di dinner semalam.Yang akan dijumpa ketika Final Exam nanti hanyalah kawan kawan mengambil specialization yang sama dan beberapa kawan yang mengambil subjek yang sama.Moga semalam bukanlah pertemuan yang terakhir,tetapi permulaan kepada pertemuan fasa baru dalam kehidupan.

Apa pun,minta maaf sangat sangat kepada rakan rakan,baik lelaki atau perempuan,kepada Chemical Assesment,team futsal aku di UTP,housemate aku selama beberapa tahun,(kecuali Final Sem),mohon ampun banyak banyak selama kita berkawan,pasti banyak salah silap aku pada korang.Mohon halal ilmu,makanan,dan lain lain.All the best in your future!!Be a good engineer.I mean a good muslim engineer.Serve the society,religion and the country.Moga kita bertemu kembali dengan keadaan yang lebih baik,dan mungkin pertemuan ditemani dengan anak anak dan isteri.Hehe.

Pagi ni,aku akan ada meeting bersama sahabat sahabat yang juga merupakan meeting terakhir bersama setelah aku melepaskan segala tanggungjawab aku kelmarin.Benar benar akan merindui keadaan di UTP.Moga Allah sentiasa bersama kita semua.

note:Moga GG CJ7 tidak akan berkubur begitu sahaja
note:Da nak kawen,roger roger la kawan2..Insyaallah cuba hadirkan diri
note: CJ7,I will always miss you.UTP,you will always in my heart.

Dec 18, 2011

~HIMPUN @ Perak~

Alhamdulillah,diizinkan Allah untuk aku bersama menghadiri sebuah perhimpunan yang dipanggil Himpunan Sejuta Umat ataupun HIMPUN.Bertempat di Dewan Jubli Kuala Kangsar,program yang sepatutnya bermula pada pukul 9 terpaksa dilewatkan sedikit kerana menantikan kehadiran tetamu khas.Basically tentatif program sama seperti HIMPUN di Shah Alam sebelum ini,tetapi dengan bilangan speaker yang sedikit kurang.

Bermula dengan persembahan nasyid oleh Gabungan Penasyid Malaysia(Munsyid),antara yang hadir ialah In Team,Rabbani dan juga Brothers.


Seterusnya,penyampaian pidato oleh lima orang speaker yang mempunyai kredibiliti tersendiri.Bermula dengan Pengerusi Bersama HIMPUN,Tn Yusri.Beliau lebih menceritakan perihal HIMPUN itu sendiri.Kemudian diteruskan dengan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA),Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,dengan isi pidato nya lebih dikaitkan dengan sejarah.Bagaimana banyak serangan serangan untuk menghakis nilai keislaman di Malaysia ini sendiri.Sebagai contoh tindakan Alfonso menhapuskan tanah perkuburan Islam sewaktu datang ke Melaka.Pemidato ketiga pula ialah Sahibuh Fadhilah Ustaz Zamri Hashim,Timbalan Mufti Perak.Beliau memberikan fakta dan kerisauan berkenaan angka permohonan murtad dan juga bilangan yang di bawah istitabah.Ucapan yang penuh bersemangat,membangkitkan semangat orang Islam dan mengulas mengenai transisi kaum dalam berlakunya kemurtadan.

[Ustaz Zamri,Timbalan Mufti Perak]

Kemudiannya ialah Pengerusi Bersama HIMPUN yakni Cikgu Azmi.Masih dengan trademark simple beliau,berbaju melayu dan berkain pelekat.Di sini beliau membacakan deklarasi HIMPUN @Perak .Apa yang menarik perhatian aku,ialah satu cadangan susulan untuk memanggil setiap pemimpin parti politik Islam,untuk menyatakan deklarasi  mengenai akidah.Dan jika ada yang meremehkan isu akidah ini,one-off karier politik politician terbabit.
[Datuk Dr Hasan Ali bersama Cikgu Azmi]

Dan akhir sekali menampilkan Datuk Dr Hasan Ali,yang baru memperoleh title Datuk baru baru ini dari Sultan Selangor.Sebelum bertolak,aku sangat berharap agar Dr Hasan Ali dapat hadir,dan Alhamdulillah,hadir dan sekaligus menjadi salah seorang speaker.Beliau menekankan kepentingan akidah dalam hal kekeluargaan dan dalam masa sama ,mendedahkan usaha usaha kristianisasi yang berlaku di Selangor.Sepanjang penubuhan U.S.A(Unit Selamatkan Akidah) sudah terdapat 51 kes di mana umat Islam itu telah pun dibaptis.Nauzubillah.Dan juga strategi orang kafir yang berpakaian dengan jubah,sekali solat Zohor bersama jemaah Islam.Untuk berasimilasi.

Secara overallnya,aku sangat sangat berpuas hati dengan HIMPUN kali ini.Banyak fakta didedahkan,talk yang semangat,dan nampak improvement dari segi penganjuran.Moga HIMPUN terus maju.Jom HIMPUN seterusnya di Negeri Sembilan.

[Bahagian Muslimat]

[Bahagian Muslimin]

[Perangi gejala murtad!]

[Dalam Dewan Jubli]

[Berpegangan tangan melaungkan slogan HIMPUN]

[Allahuakbar]

[Para tetamu]


HIMPUN HIMPUN!
SELAMATKAN AKIDAH!
HIMPUN HIMPUN!
SATUKAN UMMAH!
HIMPUN HIMPUN!
UNTUKMU ALLAH!

p/s:Lepas HIMPUN,terus ke walimah Mun'aim.Hehe.

Dec 15, 2011

~Eff Wai Pii~

Alhamdulillah,semalam sudah berlangsung satu presentasi untuk  subjek igauan ramai yakni Final Year Project.FYP merupakan satu subjek yang wajib diambil bagi setiap pelajar Sarjana Muda.

Disebabkan projek inilah yang menyebabkan pelajar pelajar final year nampak rilek.NAMPAK ok!!Haha.Kerana tiada kelas,seminar yang perlu dihadiri.Tetapi,bebanan FYP ini sukar dijangka sama sekali.Ada yang buat eksperimen,chemical tak sampai sampai.Ada yang beratur untuk menggunakan analysis equipment.Ada juga yang terpaksa berulang alik ke lab untuk berurusan dengan lab technician,yang juga seorang manusia.Punya masalah mereka sendiri.Bagi yang buat simulation pulak,assumption perlu disandarkan kepada reference yang shohih.Perlu bermain main dengan value,perlu membiasakan diri dengan software yang digunakan untuk mendapat result yang diingini,dan perlu menghadap iteration yang bisa mengambil berjam jam lamanya untuk percubaan.Ok.Aku buat simulation!!zzz..

Ini adalah poster yang aku buat.(baca:first poster).Bila da print ,rasa puas,tapi kurang sikit pada pewarnaan poster tu.Tengok yang lain semua colourful.Takpe.At least percubaan yang baik.


[Gaya Dr Rozmey]


Apa apa pun,all the best buat semua pelajar tahun akhir,semester akhir,Chemical Engineering,UTP Jan 07.Selamat berpresentasi,selamat menyiapkan dissertation(dalam beberapa hari lagi),selamat bertechnical paper,dan selamat berhardbound,dan akhir sekali,selamat bergraduasi.Hahaha.

Selamat Maju Jaya!!

Dec 7, 2011

~Yang terakhir kali~

Tadi lepas kelas Operation Management,terus meluncur laju ke Multi Purpose Hall UTP.Untuk 1 Tujuan,1 Matlamat(ceh..da macam slogan da). iaitu untuk mengambil exam slip yang terakhir aku di UTP ni.

[Exam slip yang terakhir..Sedih a plak]

Time fliessssss...

Kejap je rasanya lima tahun kat sini.Saat aku menulis ni,kira kira 3 minggu lebih berbaki untuk sesi September 2011 ni.Teringat lagi saat saat berjalan ke Lecture Hall,dari Old V5,lalu depan blok Semarang yang kosong.Bila ada senggang waktu antara kelas,lepak bilik Bell,takpun lepak kat Kafe USM sebab malas nak balik Old V5.Jauh...Untuk awal awal,lecture note if nak,kena pergi kat Post Office sebelah bank,(sekarang da takde),akan diphotostat dan ditinggalkan kat situ.Muka masing masing skema.Haha.Tergelak gelak tengok gambar gambar masa Foundation.Pastu bila kena perform drama masa English,yang aku tak boleh blah,kenangan berdrama dengan Adi,Kamil,Faiz,Sap Atan,Syafiq.Banyak gelak je dari berdrama.Hehe.Masa 2007 jugaklah,YM dan Friendster sangat sangat aktif digunakan..Jumpa kenalan baru satu batch,ada YM,FS?haha.Sekarang takde d YM YM,student UTP boleh kata sebagai wajib ada gmail.Takde kat tempat lain.Memori memori.~

[Zaman muda kala..Lainnye -_-" ]


Kita akan nampak hikmah sesuatu pabila kita sudah melampaui sesuatu masa.Dan alhamdulillah,perasaan aku mengatakan tindakan aku untuk stay di UTP instead of accepting MARA offer,adalah betul.Barulah aku kenal kehidupan yang baru.Terima kasih kepada rakan rakan,sahabat sahabat.Terima kasih juga kepada Umair,atas emel 'spam' yang dihantar ke Friendster.Dan terima kasih Allah!!

[Perform bersama Sap buat lab report di Kafe USM]

[Chess tournament di MPH]
[Chemical Assesment..Team Futsal aku dari 2008-2011]


Ingat nak post gambar slip exam je,tapi terasa nak bercerita panjang lak pasal pengalaman pengalaman di UTP.Haha.Nanti nantilah tunggu betul betul da nak grad.Gua nak buat FYP punya kerja dulu!!Hahaha

Sep 24, 2011

~Finally~

Alhamdulillah,akhirnya kini aku bergelar pelajar jurusan Chemical Engineering,major dalam Process Analysis and Control,Final year Final Semester Student.Hehe

Sedar tak sedar,pejam celik pejam celik,da hampir 5tahun aku ada kat UTP ni.Macam macam pahit manis,masam pahit sudah dilalui.Dan insyaallah,akan menghabiskan lagi 4bulan lebih kurang di UTP.Tak tau lah kalau kalau aku berminat nak buat Master di UTP.Haha.

Bila jalan ke kafe,pandang kiri kanan,erm.Tak kenal la pulak orang orang ni.Dulu dulu jalan,ada je muka muka familiar yang jumpa.Rupa,barulah aku sedar,aku kini pelajar paling senior.Hahaha.

Syukur,baru sampai di UTP petang tadi.Punggah segala barang dari blok lama,V5F ke blok baru,V5E.Buat dengan penuh semangat,sebab nak setelkan cepat cepat,nak rehat cepat cepat.Selepas sejam lebih,baru siap punggah,dan seterusnya bersambung dengan pembersihan dan pengemasan bilik baru.New block,New Room,New Housemate.Tiba tiba je aku berpindah dari housemate aku yang asal.Haha.Adalah beberapa alasan antaranya karenah foreigner yang menyaksikan kejadian double standard.Hehe.Apapun,aku suka dengan environment yang baru,yang insyaallah menjanjikan banyak perkara baru.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[2:216]

It is true!!

3 lagi subjek yang bakal aku habiskan semester ini.Statistical Process Control,Operation Management,dan Final Year Project.Moga semuanya baik baik belaka.All the best Control Jan 07 dan juga Cheme Jan 07.

[5 years in UTP]

note:Rasa berdebar lak memikirkan cabaran dan tanggungjawab yang bakal dipikul kelak

Aug 25, 2011

~Owh Cintaku~

Setelah lama kita bersama
Setelah puas kita bermadu cinta
Kita berkasih sayang
Hari hari aku sentiasa ditemani kau
Baik pagi,siang,ataupun malam.
Kau lah teman yang setia

Kadang kali emosi kau stabil
Aku selesa bersama kau
Jika kau beremosi
Aku juga turut merasai kesannya

Kini aku rasakan
Sampai di sinilah sahaja hubungan kita
Bukan kerana tidak cintakan kau
Bukan kerana aku bencikan kau
Tetapi inilah yang telah Allah tetapkan
Kau dan aku tidak akan dapat hidup bersama selamanya

Aku terpaksa melepaskan kau pergi
Harap kau sentiasa tenang,di samping orang yang kau sayang selepas ini
Dan kini inilah detiknya
Aku ceraikan kau dengan talak tiga!!

Maafkan aku Final Year Design Project II!!!
Inilah saat terakhir aku bersama kau
Aku tidak mahu temui kau lagi
Pergilah kau dari hidup ku

[Individual Design]

[Iinilah layout plant aku]

[Akhirnya]

Aku kini ada kekasih yang baru
Iaitu
Final Year Project!!

Aug 17, 2011

~Kenangan bersama~

Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran pada Allah.

Akhirnya Iftar CJ7 dapat juga dijalankan.Terima kasih kepada rakan rakan CJ7 yang memberi kerjasama dan menjayakan program tahunan kita ini.

Aktiviti yang bermula pada jam 6.30petang,berakhir lebih kurang jam 8.05malam.Dalam tentatifnya,sepatutnya bermula pada jam 6.20 petang,tapi bermula agak lewat sikit.Aktiviti yang simple but nice.Dimulakan dengan tazkirah oleh Saudara Wan Shafiq,kemudian beralih pada sesi fotografi dan akhir sekali apa lagi kalau bukan berbuka/iftar/sungkei/bedal di Restoran Rusna.

[CJ7ians yang hadir]

[Kaum Hawa]

[Kaum Adam yang kacak]

[Muzakkir.Haha.Teringat salah faham "muzakkir" ni di GG]

[Menunggu masa]

[Tersenyum lebar]

[Semasa iftar kot.Yeay.Gambar aku ada terselit]
[Poji,as usual.Hehe]

Terima kasih kawan kawan.Sangat sangat berterima kasih atas sokongan pada event ni.Moga moga,bila kita da grad nanti pun,ada lagi kesempatan untuk iftar bersama lagi.

Tahniah buat dua orang jejaki yang akan mendirikan rumah tangga September nanti dan tahniah juga buat sahabatku,Umair yang akan menjadi bapa dan kami akan menjadi pakcik secara tidak langsung.Hehe.

CJ7 terbaik!!

note:Event event pasni,boleh la selit selitkan lagi dengan tazkirah.Rasa lagi nice.
note:Syukur alhamdulillah!
note:Cepat jugak kita makan ye.8.05 malam da setel
note:Terawih di Masjid Tronoh sangat cepat!

Aug 15, 2011

~Selamat berbuka CJ7~

Haha.Baru pukul 9.36am jam laptop,da wish selamat berbuka.

Sebenarnya nak merujuk kepada event CJ7(Cheme Jan 07) di bawah ni


Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan kami yang terakhir..

Silap!!

Ramadhan terakhir kami bersama sama bergelar student.

Biasalahhh...

Abang da nak grad da...hehe

Jom CJ7.See you there.!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails