Showing posts with label curhat. Show all posts
Showing posts with label curhat. Show all posts

Jun 29, 2012

~New Life~

Alhamdulillah.Akhirnya kini aku rasminya sudah masuk ke new phase of life iaitu working life.Minggu ni masuk minggu kedua aku di GTS.Tetapi sebenarnya seminggu je di ofis,sebab ambik cuti in lieu PIPE hari tu 4 hari.Haha.

Seminggu yang awal memang takde keje pape lagi pun.Duduk bersembang,tolong staff lain,pastu balik.Kalau rajin sikit,baca lah manual manual yang terjumpa kat situ.Masa second week,baru diassignkan department.Aku tak pasti lagi ke mana,cuma terdengar dengar rumour je la,since aku da bercuti time tu.Khabarnya ,ada kawan kawan da tak masuk ofis dayabumi da.Ada kena pergi tempat lain,bergantung pada arahan supervisor department masing masing.Huh.Berdebar pula nak tunggu Isnin ni.

Aku tinggal di KL ,di kawasan Taman Melati.PV5 to be exact.Setakat ni,rasanya sangat sangat ok.Facilities,environment semua ok.Cumanya,majoritinya adalah chinese,student KTAR.dan juga geng geng foreigner.Kalau dalam seminggu tu,maybe ada la 4 5 kali terserempak dengan orang Melayu.Haha.Keadaan surau di sini juga tak banyak beza dengan UTP dulu.Maksud aku surau V3.Makna memang diisi oleh sahabat sahabat foreigner kita.Kalau dalam 2 saf,adalah sorang dorang orang kita.Masa awal2 di sana,aku kerap ke surau PV3.Lalu berkenalanlah dengan seorang pakcik ni.Pakcik Zul namanya.Sentiasa konsisten ke surau,dan merupakan antara yang terawal akan sampai di situ.Alhamdulillah,Allah ketemukan aku dengan dia.Dia lah yang tunjuk tunjukkan area makan kat situ,then tunjukkan mana surau2 yang ada(yang solat lebih awal berbanding surau foreigner,untuk golongan bekerjaya terutamanya).Thats why,aku sangat bersetuju dengan kata kata yang pernah aku dengar sebelum ini yang 'Masjid adalah sebaik baik tempat untuk bersosial'.Ada gak kenal lecturer UIA dari Kashmir.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi dugaan yang mendatang.Dari segi dugaan kerjanya,dugaan kehidupannya,dan segala macam dugaan yang ada.Rasa macam tak percaya je aku da sampai ke fasa ini.Dalam fikiran,memang terset yang aku masih seorang student.Haha.

Rabbi yassir wala tuassir.

May 3, 2012

~Life~

Kehidupan ini indah
Dengan pelbagai nikmat,dugaan,dan cabaran
Hakikatnya,setiap yang kita peroleh,
Ujian mahupun kesenangan,
Itu juga adalah nikmat

Tidak ramai mampu bergembira dengan setiap dugaan yang melanda.
Begitu juga aku.
Iman masih nipis,untuk take everything in positive view
Apa pun,perlu digagahkan jua.
Al Quran menjadi sumber motivasi
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[2:216]

YA,Aku beriman dengan ayat itu,dan telah banyak pengalaman yang mengajar
Sesuatu yang berlaku,tidak mungkin berlalu tanpa sebarang pengajaran dan hikmah
Aku serahkan urusan dan masa depan ku kepada Allah
Sebab aku tahu,Engkaulah sebaik baik perancang.
Kehidupan ini harus diteruskan.
Matlamat harus kembali dijelaskan.

Hidup ini tak lama
Umpama jarak masa azan dan juga solat
Kita dilahirkan dengan azan dilaungkan
Kita disempurnakan dengan solat jenazah didirikan
Dan hidup ini umpama pertaruhan.
Kita meletakkan diri kita,dan tiada tahu apa yang berlaku di hadapan
Jadi,
Live the life!

Moga Allah kuatkan aku menghadapi kesemuanya.Permudahkan segala urusanku.Teguhkan kaki ku di atas jalan ini.Mohon doa kalian juga.

Tarik nafas,lepas.Tarik nafas,lepas.Alhamdulillah.Indahnya nikmat Allah.Oksigen diberi tiada pernah berhenti.


Mar 20, 2012

~Masa itu emas?~

Tarbiyah bukanlah segala galanya,tetapi segala galanya bermula dari tarbiyah

Suatu potong ayat yang membawa begitu besar maknanya kepada aktivis aktivis dakwah di dunia ini.Dan kata kata ini jugalah yang memberikan boost ataupun motivasi tambahan buat mereka untuk terus berkecimpung dalam arena dakwah yang sungguh mencabar ini.

Jika hendak dicoretkan halangan ,dugaan,cabaran,ujian yang merintangi jalan usaha ini,sudah pasti,tidak akan cukup kertas,tidak cukup semalam penceritaannya dan tidak cukup air liur untuk melafazkan.Terlampau banyak dan begitu banyak variasinya.Apatah lagi jika disingkapkan lagi hingga ke zaman Nabi nabi terdahulu.Subhanallah.

Justeru,ini bukanlah suatu tugasan mudah.Untuk mengharungi suatu langkahan panjang,persediaan yang secukupnya harus dipersiapkan.Kerana apa ?Takut takut,destinasinya hendak ke Perlis,tetapi petrolnya hanya cukup sampai di Kuala Lumpur.Kita takutkan jika bekalan yang hendak di bawa,tidak mencukupi untuk mencapai destinasi yang kita gapaikan.Dan persediaan yang paling utama sudah tentulah dengan persiapan diri bagi seorang dai'e atau penyeru.

Siapa pula dai'e ini? Kita!Kita yang telah mengucapkan kalimah syahadah,kita yang telah beriltizam sebagai seorang muslim di mana tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada kita sejak azali lagi.

Persiapan diri

Jadi persoalannya kini,sejauh mana telah kita persiapkan diri.Majoriti syarikat syarikat besar telah menglaksanaakan sistem Key Perfomance Index(KPI) untuk meneliti bagaimana pencapaian syarikat tersebut dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dalam menilai persiapan diri kita juga,ada KPI yang sepatutnya kita ambil sebagai suatu base untuk dirujuk sebagai self evaluation.Imam Hasan Al Banna ada menggariskan panduan buat muslim untuk menjadi suatu panduan buat kita iaitu Muwasofat Tarbiyah.Terdapat 10 ciri ciri yang disebutkan di dalam Muwasofat Tarbiyah ini.

Penilaian diri dengan menjadikan Muwasofat Tarbiyah ini sebagai rujukan boleh menjadi satu reflection,sejauh mana keberkesanan tarbiyah kepada diri kita.Sejauh mana usaha kita untuk berubah untuk memenuhi dan mencapai KPI ini.Dan harus diingatkan kembali,inti kepada tarbiyah adalah PERUBAHAN.

Harithun A'la Waktihi

Di sini saya berminat untuk menyentuh satu ciri di antara 10 ciri yang digariskan oleh Imam Hasan Al Banna,yakni Harithun A'la Waktihi(berdisplin dengan masa).Kenapa ciri ini diletakkan sebagai satu KPI dalam tarbiyah?

Di dalam Islam,penjagaan waktu adalah sangat sangat penting.Pertama,bila dilihat dari segi praktikalitinya,iaitu Solat fardhu kita.Di dalam sebuah hadith,Nabi pernah ditanya oleh seorang sahabat,"Ya Rasulullah,apakah dia amal yang paling disukai oleh Allah?"Maka Rasulullah menjawab "Solat pada awal waktu".Ternyata,solat pada awal waktu sangat sangat disukai oleh Allah.Dan ini memerlukan pendispilinan dalam menjaga masa.

Kemudiannya,jika kita telusuri baik baik kalimah kalimah Allah.Begitu cantik.Allah bersumpah dengan perkataan masa sebanyak 33 kali."Wal Asr",Wad Dhuha",Wal Lail" dan berikutnya.Ini menunjukkan betapa pentingnya masa hinggakan Allah bersumpah dengan kalimah masa ini.Dan di dalam surah Al Asr,di dalam ayat kedua

"Sungguh,manusia berada dalam kerugian"[103:2]

Penggunaan kalimah 'inna' yang membawa maksud sungguh itu merupakan perkataan tawkit atau di dalam tatabahasa melayunya ialah kata penguat.Jika diterjemahkan secara langsung di dalam bahasa Melayu,ianya sepatutnya menjadi " amat sangat sungguh" untuk menunjukkan sesungguh manusia ini benar benar di dalam kerugian.

Dan akhir sekali pernahkah kita mendengar suatu pepatah arab yang berbunyi " Masa itu ibarat pedang,Jika kita tidak memotong,niscaya ia yang akan memotong kita"..Lihatlah akan kepentingannya.Dan tidak ketinggalan juga pepatah Melayu iaitu "Masa itu emas".Pelbagai pepatah dicipta untuk menunjukkan bahawa masa itu sangat sangatlah penting,sangat sangat berharga.Tetapi,sejauh mana kesedaran kita?

Realitinya

Rupanya,kita masih lagi tidak menyedari akan kepentingan masa ini.Masa kita banyak dibazirkan.Masa kita banyak dihabiskan dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Soal ketepatan masa bukan lagi dijadikan suatu priority dalam gerak kerja dakwah,sebaliknya hanya dijadikan bahan gurauan dan gelak tawa."Janji Melayu" kerap sekali dijadikan sebagai alasan.Nauzubillah.Betapa kita hampir tersasar jauh dari KPI yang patut dicapai oleh seorang yang bergelar dai'e.

Apa lagi yang hendak kita seru?Mari kita muhasabah.

Meeting yang penting,kita lengah lengahkan.Tugasan yang diberikan dilaksanakan pada akhir waktu dan hasilnya sekadar melepaskan betuk di tangga,hanya sampai di usrah dan halaqah ketika separuh majlis sudah berlalu,mengingkari janji dengan orang lain.

Inikah qudwah yang ingin kita tonjolkan?Nauzubillah.Janganlah ini yang kita tampilkan untuk dicontohi anak usrah ataupun kader seperjuangan.Ini bukanlah satu nilai Islam yang patut dibanggakan.Sebaliknya,harus kita malu atas kealpaan kita ini.Harus!!

Ya.Ianya nampak enteng.Maklumlah.Diri kita yang lewat,diri kita yang alpa,diri kita segala galanya.TAPI!!..tidak sedarkah kita yang tindakan ini akan mempengaruhi gerak kerja orang lain.Mempengaruhi hasil dakwah orang lain kerana dakwah ini bukanlah kita seorang,bahkan jutaan umat yang lain.Astagfirullah.

Muhasabah

Moga kita yang membawa Islam,sama sama lah kita bermuhasabah atas kealpaan ini.Ramai orang memerhatikan kita.Dan jangan terkejut,faktor faktor sebegini jugalah yang banyak diambil sebagai penilaian oleh golongan yang hendak kita dekati.Mari kita sama sama berubah.Jika kita hormati masa orang lain,pasti orang lain akan hormati masa kita.Insyaallah.Moga perubahan yang lebih baik akan meninggikan nilai Islam ini dan kemudiannya menjadikan dakwah Islam menjadi lebih gencar.Mudah mudahan...

Astagfirullahallazdhim..Moga bermanfaat buat kita bersama.

Note:Teringat scene di dalam Wolves of the Valley,di mana van yang di bawa ketika mengambil 3 org watak utama itu(yang sedang dikejar askar Israel),sampai tepat pada masanya.Bayangkan jika van tersebut sampai lewat seminit.Apa yang akan terjadi?
Note:Pernah menjadi Head suatu department,dan inilah antara perkara paling awal saya perjelaskan.Kemudian mendapat respon dari anak buah mengenai kekecewaan beliau terhadap event Islamik yang sering tidak punctual
Note:Imam Ghazali bertanya,apakah yang paling jauh sekali dan jawapannya ialah Masa lampau.Jangan biarkan masa kita berlalu begitu sahaja.

Dec 31, 2011

~The End~

Lama aku tak update blog.Mungkin kerna hambatan kerja dan tugasan yang dihadapi selaku pelajar final semester.Dan alhamdulillah,semalam selesai kesemua urusan melainkan beberapa urusan minor untuk tugasan akademik di UTP.

Semalam juga berlangsung  CJ7 Farewell Dinner.Dinner yang terakhir buat Chemi Jan 07 di UTP dan dinner yang dinanti nantikan sejak beberapa minggu yang lalu.


Kalau namanya dinner,pasti berkaitan dengan makanan.Tapi semua tu,awal awal aku da tolak tepi,sebab aku hanya fikir yang inilah gathering yang terakhir bersama sama CJ7 as a student.Dan alhamdulillah,it was awesome.Bila memerhatikan kawan kawan di sekeliling,memang sesuai persoalan MC,"Who has changed the most?".Kawan kawan yang aku mula kenal tika di foundation,majoritinya berubah.Mungkin bukan fizikal,tetapi their innerself.Yang dulu sangat "budak budak",tapi sekarang,dia pulak yang paling matang.Tenang dalam setiap tindakan.Kalau nak diceritakan pasal perubahan fizikal,of course lah jelas jelas.Haha.OK.Aku salah seorang mangsanya.

Dari malam tadi hingga ke pagi ni,aku tidak habis habis flash back the memories.Dari keadaan di lecture hall,di lab physic bersama Ahseng,Adi,Hamzah,Bell,Kamil bersama Mr Lai.Haha.Kemudian masuk undergraduate,the joy,the struggle yang dulunya rasa pahit,dan kini manis semanisnya.Bahkan aku merasakan tidak kisah untuk mengulanginya lagi.

Kini tinggal few days in UTP,dan pastinya,banyak muka muka CJ7ians yang akan dilihat buat kali terakhir di dinner semalam.Yang akan dijumpa ketika Final Exam nanti hanyalah kawan kawan mengambil specialization yang sama dan beberapa kawan yang mengambil subjek yang sama.Moga semalam bukanlah pertemuan yang terakhir,tetapi permulaan kepada pertemuan fasa baru dalam kehidupan.

Apa pun,minta maaf sangat sangat kepada rakan rakan,baik lelaki atau perempuan,kepada Chemical Assesment,team futsal aku di UTP,housemate aku selama beberapa tahun,(kecuali Final Sem),mohon ampun banyak banyak selama kita berkawan,pasti banyak salah silap aku pada korang.Mohon halal ilmu,makanan,dan lain lain.All the best in your future!!Be a good engineer.I mean a good muslim engineer.Serve the society,religion and the country.Moga kita bertemu kembali dengan keadaan yang lebih baik,dan mungkin pertemuan ditemani dengan anak anak dan isteri.Hehe.

Pagi ni,aku akan ada meeting bersama sahabat sahabat yang juga merupakan meeting terakhir bersama setelah aku melepaskan segala tanggungjawab aku kelmarin.Benar benar akan merindui keadaan di UTP.Moga Allah sentiasa bersama kita semua.

note:Moga GG CJ7 tidak akan berkubur begitu sahaja
note:Da nak kawen,roger roger la kawan2..Insyaallah cuba hadirkan diri
note: CJ7,I will always miss you.UTP,you will always in my heart.

Dec 3, 2011

~Petang yang damai~

Semakin lama masa berjalan,semakin masa bergerak ke hadapan,semakin pendek usia aku di dunia ini,semakin banyak perkara yang aku sedar.Benarlah kata orang yang pegalaman itu mengajar kita.Kita hidup dengan manusia tetapi di bawah pengawasan Tuan Empunya Dunia.Ada orang ragamnya begitu,dan ada juga orang ragamnya begini.Aku juga punya ragam sendiri,dan kau juga punya ragam sendiri.Buatlah apa sahaja yang kau mahu dan aku mahu,asal masih berbataskan syariat.Manusia itu akan terus berkata,bercakap,dan mungkin juga mengutuk,tapi sekali lagi aku ulang,kita di bawah pengawasan Tuan Empunya Dunia.Hanya Dia yang menilai.

Yang penting,kita usah hipokrit.Jadilah diri kita yang sebenar.Jadilah abdullah yakni hamba Allah.Bila da kata hamba,buatlah cara hamba.Usah buat perangai macam tuan.Hamba harus patuh pada arahan Tuannya.Bila buat silap,itu lumrah.Kita manusia.Tuan kita akan memberi tunjuk ajar.Bila da diberi petunjuk,perbetulkan kembali.Tapi bila kita ulang balik kesilapan itu,itu atas tanggungjawab kita.Kita sudah tahu.Tapi kasih sayang Tuan Empunya Dunia,sentiasa memberi peluang pada hambaNya untuk bertaubat.

Aku adalah hamba.Kau juga adalah hamba.Mohon dengan sangat supaya Tuan Dunia mengampuni kita.Amin~


Emosi yang bercelaru,boleh membuatkan fikiran bercelaru.Ada pendamainya...

Oct 12, 2011

~Mana lebih baik?~

Pabila kita diberi pilihan oleh penaja masing masing.

Contoh terdekat untuk kami di sini ialah PETRONAS.Tiba tiba sahaja PETRONAS membuat suatu pengumuman kepada semua pemegang biasiswanya

"Disebabkan perniagaan PETRONAS semakin baik hari ke hari,kami berminat untuk menaikkan elaun anda.Anda boleh memilih sama ada kekal dengan RM 500 ataupun skim baru berjumlah RM 700 sebulan"

Jadi,apa pilihan anda?
Keliru?

Ceh.Sedangkan tiada sebarang pemberitahuan pun ,kita semua mengharapkan elaun dinaikkan,ni apatah lagi jika kita ditawarkan.Ala ala "orang mengantuk disorong bantal".Hehe.Itulah jawapan aku akan berikan.RM700!!Dan aku pasti jawapan yang sama diperoleh dari rakan rakan yang lain.

Mengapa RM700?Mudah jawapannya.RM700 lebih tinggi nilainya


27: 1

Itu adalah sifir yang mudah.Kita akan suka sesuatu yang memberi lebih manfaat pada kita.RM700 itu lebih banyak jumlahnya dan lebih manfaat yang boleh diperoleh darinya.

Tetapi mengapa respon yang berbeza bila kita berbicara perihal Solat Berjemaah?Bukankah Nabi telah bersabda mengenai kelebihannya

"Solat Jemaah adalah lebih utama dari solat fadz(yakni bersendirian) dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat"[Muttafaq'alaih]

27 kali ganda pahala/darjat yang diberikan sekiranya kita bersolat jemaah.Semua sudah maklum berkenaan hadith ini bahkan mungkin sahaja ramai yang sudah menghafal hadith ini.Tetapi sejauh mana praktikalnya di dalam masyarakat kita.Majoriti yang memenuhi surau/masjid adalah kelompok kelompok warga emas.Ke mana anak muda kita?

Jika dibuat grafik dengan statistik kehadiran jemaah ke surau atas masjid,pasti ia boleh menghasilkan trend "seasonal"(term dari Operation Management) dalam sehari itu.Maghrib mencatatkan yang paling tinggi,dan Subuh akan menjadi kawasan paling bawah sekali.



Perlukah ganjaran?

Ganjaran ditawarkan sebagai sumber penambah untuk kita lebih berusaha.Ganjaran menjadi motivasi tambahan.Tetapi jika ganjaran sahaja yang menjadi matlamat,maka di penghujung jalan,kita akan berasa lelah.

Seperti mana kita bekerja,jika mengharapkan gaji,harapkan gaji,harapkan gaji semata mata,pasti kita akhirnya hilang semangat seperti mana di awalnya dahulu.Jadi,haruskah kita mengharapkan ganjaran semata mata pabila beribadah?

Sebab itulah apa yang penting sebenarnya dalam berbuat ibadah adalah rasa kemanisan itu.Rasa seronok bila solat berjemaah.Rasa seronok bila membaca al Quran.Bila timbul perasaan begitu,itulah yang dinamakan motivasi iman.Motivasi yang didorong iman untuk terus melakukan kebaikan dan insyaallah mendorong juga untuk kekal beristiqamah.Motivasi yang akan menciptakan perasaan gelisah bila tidak berbuat kebaikan.


Konklusi

Di saat saat kita muda inilah,gunakan sepenuh kudrat yang kita ada untuk memenuhi saf saf di masjid.Ayuh penuhkan masjid masjid indah di Malaysia ini.Biarlah berbaloi masjid masjid itu dibina.Bukan sekadar menjadi tempat pertemuan mingguan di hari Jumaat atau sekadar menjadi tempat lawatan pelancong.

“Apabila kamu lihat seorang lelaki yang sentiasa berulang-alik ke masjid, maka hendaklah kamu bersaksi dengan keimanannya”. (Hadith riwayat Tirmidzi)





Oct 9, 2011

~Membina Iman~

"Akh,ana nak tanya la.Ana kebelakangan ni,rasa tak sedap la."Zahid tiba tiba bersuara,bertanya kepada Haris.
"Eh,nta kenapa?Sakit ke?"
"Tidaklah.Cuma lately ni,ana rasa macam gelisah je.Macam risaukan sesuatu,tapi tak tau pulak apa yang dirisaukan tu.Bila berkumpul dengan ikhwah di program,rasa macam tak.......tak reti la nak cakap"

Kedua dua diam sebentar sebelum Haris memulakan bicara.

"Jika nta tak kisah,boleh tak ana tau,bagaimana prestasi mutabaah nta baru baru ni"?Tanya Haris kembali kepada Zahid sambil mendekatkan dirinya kepada Zahid

"Err..Sebenarnya,da 2 -3 minggu juga mutabaah ana fail."Jawapan ringkas Zahid dan tertunduk malu dengan jawapannya.

"Nauzubillah.Ana rasa ana da tau puncanya.Ni semuanya berlaku kerana nta kurang menjaga mutabaah nta."

"Bagaimana?"

"Mari kita kembali mencari kembali,apakah tujuan kita diciptakan?Why we are here?Face all the challenge,do everything to make us survive in this world.However,in the end,everybody will die.Everybody will turn again to sand."



"Amboi Akh.Speaking nampak.Praktis interview ke?Hehe"Haris hanya tersenyum

"Seperti mana yang difirmankan oleh Allah,di dalam surah Az Zariyat,hanya satu sebab sahaja kita semua ini diciptakan,yakni 'illa liya'budun',kecuali untuk beribadah.Jadi,mari kita reflek balik diri kita.Sejauh mana kita berbuat,sejauh mana kita berusaha untuk beribadah kepadanya.Kalau nak dibincangkan lebih panjang,mungkin akan mengambil masa lebih panjang,Sampai esok kang kita kat sini.Hehe.Tetapi nta harus jelas,itulah sebab kenapa salah satu method yang kita gunakan ialah mutabaah.Untuk kita memantau ibadah kita."

"Hurm.yup akh Haris.Ana jelas semua tu.Tapi,cuma kurang nampak apa kaitan mutabaah dengan masalah ana skang?"

"Mutabaah ibadah yang kita tetapkan,ialah ibadah ibadah sunat yang mungkin orang nampak remeh,hakikatnya besar pada pandangan Allah.Untuk mendekatkan diri kepada Allah,untuk kita peroleh cinta Allah,haruslah kita buktikan dengan amal kita,penghayatan kita.Tapi cukup ke dengan ibadah fardhu semata?"

Zahid menggeleng kepala.

"Jadi,ibadah ibadah sunat inilah yang dapat meningkatkan lagi amal kita.Bila mana kita konsisten bangkit untuk qiamullail,kita subuh berjemaah,kita baca al mathurat,kita solat dhuha dan macam macam lagi,insyaallah,itulah added value yang kita ada berbanding orang lain untuk peroleh cinta Allah.Ala,macam orang pergi interview juga,bila masa seseorang tu ada added value kat diri mereka,boleh speaking Mandarin ke,Tamil ke,Arab ke,for sure possibility untuk mereka dipilih itu lebih tinggi.Setuju tak Zahid?"

"Setuju setuju.Amboi Akh Haris,mentang mentang da final year,guna bahasa final year je sekarang eh.Interview la,added value lah.Hahaha.Pastu,nape nta kaitkan dengan masalah ana dengan ikhwah lain tadi?"
"Hehe.Biasalah.Da jadi abang,kenalah matang sikit.Begini akh,apa yang nta rasa tu,ialah masalah biasa.Perkara pokok dalam tarbiyah yakni ukhuwah.Bukankah ayat yang kita da hafal,da tasmi' bersama menceritakan perihal ukhuwah dan iman.Haa.Ingat lagi tak,cuba baca"




"Innamalmukminunaikhwah,faaslihubainaakhawaikum.Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,kerana itu,damaikanlah antara kedua saudaramu[49:10]"

"Subhanaallah.Maka,nampak tak kaitan iman dan ukhwah.Mukmin itu adalah orang yang beriman.Dan orang beriman itu pula masing masing bersaudara.Bagaimana pula kita iman kita tengah down?Tengah tengah futur?Nampak kan kaitan iman dan ukhuwah ni.?Akh,kalau dalam bahasa Sains nya,iman dan ukhuwah ini ialah directly proportional.Iman meningkat,ukhuwah pun meningkat.Dan dekatnya kaitan iman dan ukhuwah ini,sehinggakan Hasan Al Banna,menganalogikan iman dan ukhuwah ini sebagai permukaan pada duit syiling.Tiada bunga,bukanlah syiling namanya.Hehe"

"Owh.Jazakallah akh.Ana da clear.Semuanya memang datang dari ana ,silap ana.Kadang kadang ,subuh bangun pun lewat.630,645.Subuh pun lambat,apatah lagi qiam.Then,lambat ke kelas,Quran pun tak capai target"

"Itulah consequence dari mutabaah yang tak terjaga.Bila bangun lambat,semua jadi kelam kabut kan?Nak solat,nak mandi,nak baca Quran.Pastu breakfast pun tertinggal.Itulah hikmahnya bangun awal.Apapun akh,kalau boleh,tanamkan rasa kesal dalam diri tu.Cakap dalam diri,mahu tebus kesilapan tu,untuk bangun lebih awal pada esok hari.Tapi,ingat!Jangan hanya kesal,sedih,sayu,tetapi tidak berbuat apa apa.Kata Ibn Atha'illah dalam bukunya Al Hikam,

'Kesedihan atas ketiadaan taat(kepada Allah) dalam keadaan tidak bangkit dan tidak berusaha untuk melakukan amalan itu sebenarnya merupakan salah satu tanda terpedaya dan tertipu"

"Jadi,mesti berusaha sungguh sungguh.Jika perlu,ana boleh je tolong kejut sebelum subuh.Kemudian kita qiam dan ke masjid bersama.Nta pun,try set alarm banyak banyak,tidur awal,elakkan melakukan perkara mubah secara berlebihan,contoh main futsal sampai 2-3 pagi,pi melepak kat kedai mamak berjam jam.Ok?"

"Baik akh.Terima kasih sekali lagi,atas nasihat,atas pencerahan dari nta.Insyaallah ana cuba perbaiki diri dan mutabaah.Akh,jom pi cafe v5.Ana mau belanja Western.Hahaha"

--------

Sedikit sharing dari Dr  Zainurrashid

"Pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah adalah spesis yang istimewa dan aset yang amat berharga. Wahai puteri Muslimah, sekiranya anda dilamar...pastikan dia seorang yang menjaga solatnya, lebih baik kalau dia rajin solat berjamaah dan lebih istimewa sekiranya dia sentiasa kekal dengan solat subuh secara berjamaah..."




Sep 29, 2011

~Bersama-samalah kita~

Aku buka entry ini dengan sebuah ayat yang begitu mendalam maksudnya.

"Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan  perhiasan kehidupan dunia;dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami,serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas"[18:28]

Sepotong ayat muhkamat yang jelas isi kandungan dan mesejnya.Ayat yang sempat dikongsikan dengan halaqah baru baru ini.Antara mesej yang disampaikan

*Bersabarlah kita dengan orang yang mengajak kepada kebaikan(kepada Allah)
*Janganlah menjauhi mereka kerana mengharapkan dunia(keseronokan dunia dan sebagainya)
*Janganlah kita mengikuti/menuruti orang yang telah dilalaikan /mengajak kita kepada kelalaian seperti mereka.

Bila diajak kepada kebaikan,ayuh,ringan ringankanlah.Bila diajak kepada keburukan.kemaksiatan,ayuh tangguh tangguhkan dan tinggalkanlah.

Moga diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab berat yang diberikan,dan kekuatan untuk memperbaiki diri.

Sep 24, 2011

~Finally~

Alhamdulillah,akhirnya kini aku bergelar pelajar jurusan Chemical Engineering,major dalam Process Analysis and Control,Final year Final Semester Student.Hehe

Sedar tak sedar,pejam celik pejam celik,da hampir 5tahun aku ada kat UTP ni.Macam macam pahit manis,masam pahit sudah dilalui.Dan insyaallah,akan menghabiskan lagi 4bulan lebih kurang di UTP.Tak tau lah kalau kalau aku berminat nak buat Master di UTP.Haha.

Bila jalan ke kafe,pandang kiri kanan,erm.Tak kenal la pulak orang orang ni.Dulu dulu jalan,ada je muka muka familiar yang jumpa.Rupa,barulah aku sedar,aku kini pelajar paling senior.Hahaha.

Syukur,baru sampai di UTP petang tadi.Punggah segala barang dari blok lama,V5F ke blok baru,V5E.Buat dengan penuh semangat,sebab nak setelkan cepat cepat,nak rehat cepat cepat.Selepas sejam lebih,baru siap punggah,dan seterusnya bersambung dengan pembersihan dan pengemasan bilik baru.New block,New Room,New Housemate.Tiba tiba je aku berpindah dari housemate aku yang asal.Haha.Adalah beberapa alasan antaranya karenah foreigner yang menyaksikan kejadian double standard.Hehe.Apapun,aku suka dengan environment yang baru,yang insyaallah menjanjikan banyak perkara baru.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[2:216]

It is true!!

3 lagi subjek yang bakal aku habiskan semester ini.Statistical Process Control,Operation Management,dan Final Year Project.Moga semuanya baik baik belaka.All the best Control Jan 07 dan juga Cheme Jan 07.

[5 years in UTP]

note:Rasa berdebar lak memikirkan cabaran dan tanggungjawab yang bakal dipikul kelak

Sep 1, 2011

~Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi 2011~

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

Setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,dengan limpahan kurnia rahmat dan keizinannya,aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas,menghirup udara percuma yang Allah berikan ini,di dalam bulan Syawal ,bulan kemenangan ini.

Setelah sebulan kita sama sama bermujahadah,menentang hawa nafsu yang meliar,hawa nafsu yang bijak menggoda,dan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri,dan kini tibalah hari kemenangan dan sering dikatakan sebagai hari untuk bergembira.


Benarkah hari raya Aidilfitri untuk bergembira?

Mengikut sebuah hadith Rasulullah,memang tidak salah untuk kita bergembira di hari perayaan ini.Bahkan dizinkan kita untuk berhibur(mengikut syariat Islam) di hari perayaan.Hiburan kita yakni umat Islam,adalah dengan mengeratkan silaturahim,mengukuhkan ukhwah,saling berziarah dan macam macam lagi.

Tetapi ,mengapa kita bergembira?Cuba tanya diri kita balik.

Jika kita gembira,tapi tiada asbab nya,kita adalah gila.

Dalam masa sama,kita bergembira menyambut kemerdekaan.Bila ditanya mengapa gembira.Maka jawapannya,kerana kita telah bebas,terlepas dari cengkaman penjajah British,Jepun ,Belanda dan lain lain.Ya!Itulah alasan yang konkrit untuk kita bergembira.

Begitu juga dengan Syawal.Kita sepatutnya gembira selepas kita merdeka dari dua perkara.Perkara pertama ialah merdeka dari syaitan.Maksud merdeka dari syaitan ini bukan bermaksud tidak digoda syaitan lagi,tetapi merdeka dari pengaruh dan godaan syaitan.Selama sebulan Allah merantaikan syaitan syaitan berdasarkan dari sebuah hadith(ada khilaf mengenai syaitan drantai)

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh madrasah Ramadhan ini sepatutnya sudah mampu untuk membebaskan diri gangguan dan godaan syaitan.Jadi,mari kita lihat diri kita kembali.Sudahkah kita merdeka?

Perkara keduanya pula ialah nafsu.Ya ,nafsu dalam diri.Sejauh mana kita telah berjaya merantai,mengawal nafsu kita dari menguasai kita.Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk nafsu menguasai kita kerana dalam firman Allah dalam surah Al Jatsiyah,ayat ke 23

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Harus kita ketahui bahawa nafsu ini bukanlah hanya pada nafsu syahwat semata.Pelbagai nafsu lain seperti nafsu makan,nafsu berbelanja,nafsu itu,dan nafsu ini.Jadi,sekali lagi,mari kita lihat diri kita.Sudahkan kita merdeka.?Cara mudah nak check,lihatlah bagaimana sambutan raya kita.Adakah kita menuruti nafsu dalam membeli persiapan raya,berbelanja,makan?

Jika kita merdeka dari kedua dua perkara ini,maka layaklah kita untuk bergembira.Kita sudah alasan konkrit untuk bergembira.Bila merdeka dari 2 perkara ini,insyaallah taqwa itu akan datang dengan sendiri.

Aku ada menerima sebuah mesej aidilfitri yang betul betul membuatkan aku takut dan tersentap .Mesejnya berbunyi lebih kurang begini.

"Jika kamu beristiqamah dengan perbuatan baik,tanda ibadah kamu diterima Allah,dan jika kamu kembali melakukan kemaksiatan yang kamu tinggalkan semasa Ramadhan,penghinaan dan penolakan ibadah kamu oleh Allah"

Astagfirullah.Allah,berikan aku kekuatan untuk beristiqamah walaupun aku sedar,istiqamah itu sesuatu yang berat.Moga kita semua dapat beristiqamah.Subuh berjemaah,qiamullail,tilawah al Quran.Sekarang baru raya ketiga,dan aku tengok jemaah di surau ketika subuh pun,sudah kembali ke muka muka lama,yakni pakcik pakcik.Ayuh anak anak muda.!!Jika Ramadhan kita boleh,pasti Syawal dan bulan yang lain juga kita boleh.


Hari ini sudah masuk bulan baru,1 September dan menandakan umur aku juga berganjak bertambah lagi 1 nombor menjadi 22.Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang masuk ke FB dan juga handphone.Sangat sangat aku hargai.Dan moga doa dari kalian makbul(terutama tang nikah.hahaha).

Akan tetapi,dalam kegembiraan kita,kenalah selitkan sedikit rasa gusar.Kerana apa?Umur itu hanyalah angka semata.Tetapi apa yang pasti,usia kita semakin pendek.Rasa gusar pula bila mengenangkan cabaran di masa depan dan ajal yang semakin hampir.Dengan amal yang tidak seberapa,pasti aku belum bersedia.Apa pun syukur pada Allah kerana memanjangkan umur sehingga ke angka 22.Angka di mana Al Fateh berada di kemuncak pentadbirannya.

Ya Muqalibbal Qulub,Tsabit qulubbana ala thoa'tik

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Amin dan bakal isteri(hahahhaa) serta keluarga

Aug 25, 2011

~Owh Cintaku~

Setelah lama kita bersama
Setelah puas kita bermadu cinta
Kita berkasih sayang
Hari hari aku sentiasa ditemani kau
Baik pagi,siang,ataupun malam.
Kau lah teman yang setia

Kadang kali emosi kau stabil
Aku selesa bersama kau
Jika kau beremosi
Aku juga turut merasai kesannya

Kini aku rasakan
Sampai di sinilah sahaja hubungan kita
Bukan kerana tidak cintakan kau
Bukan kerana aku bencikan kau
Tetapi inilah yang telah Allah tetapkan
Kau dan aku tidak akan dapat hidup bersama selamanya

Aku terpaksa melepaskan kau pergi
Harap kau sentiasa tenang,di samping orang yang kau sayang selepas ini
Dan kini inilah detiknya
Aku ceraikan kau dengan talak tiga!!

Maafkan aku Final Year Design Project II!!!
Inilah saat terakhir aku bersama kau
Aku tidak mahu temui kau lagi
Pergilah kau dari hidup ku

[Individual Design]

[Iinilah layout plant aku]

[Akhirnya]

Aku kini ada kekasih yang baru
Iaitu
Final Year Project!!

Aug 22, 2011

~Ada hikmahnya~

Syukur.Hari ini selesai dua perkara yang membebankan kepala beberapa hari kebelakangan ni.EIS Test dan juga Interim report FYP.

Minggu ini merupakan minggu akhir bagi semester pembelajaran di UTP,dan juga minggu terakhir Ramadhan kita.Justeru,bermaksud,Cuti Raya pelajar UTP juga merupakan minggu untuk study week.Memang terbaik jadualnya.-_-

Minggu minggu terakhir ni pasti menjadi satu tempoh masa menyukarkan bagi pelajar pelajar.Himpunan test dan projek perlu dihantar.Tak lupa juga lambakan report yang perlu disetelkan.Begitu juga aku.Sebelum hari,pelbagai perkara masuk dalam kepala.EIS test,FYP report,FYDP individual design yang seolah olah tidak luak walaupun meluangkan masa berjam jam menghadapnya.Bila aku memikirkannya secara serentak,maka otak menjadi begitu serabut.

[Dahsyat punya subjek]

Untuk individual design,aku telah memilih untuk merekabentuk reactor yakni Primary Reformer.Pelbagai bahan dicari,rujukan di'google' dan beberapa sample report senior dijadikan koleksi sebagai persediaan mendesign.Setelah beberapa hari berjuang,tiba tiba,aku tersangkut.Software yang digunakan ketika itu,Polymath tidak dapat menyelesaikan equation yang dimasukkan.Dan aku mengambil hampir separuh hari untuk troubleshoot,tetapi masih tidak dapat diselesaikan.Habislah masa aku untuk sesuatu yang tidak ada progress.

Dan ketika inilah,secara seriusnya aku cakap,kepala aku bagaikan sangat sangat ditekan.Pelbagai perkara mula menerjah masuk.Bolehlah aku katakan,sepertinya aku sudah give up,melemah,down dan macam macam lagi term boleh diberikan.Tiba tiba pula,ada perkara adhoc pula masuk,EIS replacement class on SATURDAY(Yes.It is Saturday),serba salah antara program iktikaf di Ipoh,program di Gelung Pepuyu.Sangat sangat stress hingga menyebabkan emosi terganggu.

Mujur tak lama kemudian,waktu solat Asar masuk.Dan terus aku bergerak ke Surau V3 untuk mengambil tempat.Dalam perjalanan,tujuan aku untuk bersolat dan menenangkan diri.Usai solat,aku teruskan dengan bacaan Quran.Dan alhamdulillah,hati semakin tenang.Walaupun kerja berlambak lambak lagi di atas,tapi aku rasa semakin lega.Aku juga sempat mentadabbur berulang kali,ayat yang biasa aku gunakan semasa halaqah  iaitu:

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia yang memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka sangka.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"[65:2-3]

Bila da rasa emosi stabil sikit,baru aku naik semula ke bilik dan meneruskan kerja,sebelum bergerak ke Gelung Pepuyu.Dan subhanallah,bagaikan terus dimakbulkan,aku rasa seolah olah terus Allah memberi jalan keluar atas kekusutan yang aku hadapi.FYDPmate aku tahulah apa yang aku maksudkan.Tetapi,sangat sangat bersyukur kepada Allah.

Maaf atas cerita yang cukup panjang,tetapi apa yang nak disampaikan di sini,bila ada masalah,jangan segan,jangan malu,teruslah direct kepada Allah.Insyaallah Allah akan bantu.Jika tidak secara direct,pasti ada   melalui sesuatu yang lain.

Alhamdulillah,kita disampaikan ke 10 malam terakhir.Justeru,gunalah masa sebaiknya.Penuhkan malam malam kita dengan ibadah ibadah.Jangan jadikan kesibukan untuk kita mengabaikan ibadah.

note:Jom iktikaf di masjid.Sahur disediakan.Sedap sedap woo.Haha

Feb 15, 2011

~Aku masuk wad!~


Semalam hari Isnin,14Januari,aku telah masuk ke wad Hospital Raja Pemaisuri Bainun,Ipoh

Kenapa aku masuk wad?

Panjang ceritanya....

Aku masuk ke wad itu sebenarnya untuk menziarahi sahabat,Adi Aizat bin Razali yang dimasukkan ke wad,akibat kemalangan bersukan.

[Adi dengan coverall nya]

[Mendengar luahan hati Capix kot]

[Antara hadirin.Aspa dok tengok henpon lak..ish3]

[Syazwan,berlakon fokus]

[Membuli Ipen]

[Diambil dr blog Syazwan..Ipen yang prihatin.=)]


"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta ,jiwa dan buah buahan.Dan sampaikan lah kabar gembira kepada orang orang yang sabar"[2:155]

"(iaitu) orang orang yang bila ditimpa musibah,mereka berkata inna lillahiwa inna ilaihi raji'un(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)"[3:156]


Get well soon Adi!!
Doa kami buat mu..

May 28, 2010

~Bahang Internship~


Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepadaku,atas segala kasih sayang yang diberikan kepadaku.Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah

"Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"[2:152]

Hari menginjak hari,masa berlalu tetap berlalu.Kini hanya beberapa hari sahaja yang tinggal sebelum aku memulakan internship.Insyaallah jika tiada aral melintang,aku akan berinternship di Melaka,Possehl Electronic(Malaysia) Sdn Bhd.Sebuah company multinational yang base nya adalah Electric dan Electronic dan mempunyai cawangan di Singapore,Netherland dan beberapa negara lagi.Aku akan bertugas di department yang memerlukan pengetahuan dalam chemical engineering sedikit sebanyak dan moganya dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman dari internship ini bersesuaian dengan objektifnya untuk mendedahkan students kepada dunia sebenar industri.


Walaupun ramai antara rakan rakan yang pabila ditanya,mereka sungguh excited untuk memulakan internship.Aku juga begitu.Rasa teruja untuk menjadi sedikit "dewasa".Duit elaun dapat,bekerja dengan orang lebih senior.Tetapi masih ada perasaan takut dalam diri.Entah mengapa.Insyaallah aku akan duduk di rumah sepanjang 8bulan internship nanti dan pastinya macam macam dugaan akan datang.Jika cuti 2 bulan sekali pun sudah bisa mematahkan tekad hati hati manusia,apatah lagi 8 bulan nanti.Ditambah pula berjauhan dengan sahabat sahabat yang selalu memberikan motivasi walaupun tidak bercakap.Melihat muka mereka sahaja sudah mampu memberikan motivasi tambahan untuk terus kuat.Bagaimana agaknya akan aku hadapi kehidupan yang busy nanti?Bagaimana agaknya mutabaah?Dapatke bangun pagi pagi lagi?Subuh awal waktu?huhu..Rupanya,senang juga kehidupan sebagai seorang student.Walaupun kena membuka buku,kena pergi test,assignment dan macam macam lagi,tapi masih ada kesempatan dan ruang untuk melakukan macam macam.Berbanding bila da kerja nant.

Walauapapun,semuanya kena dihadapi.Dugaan dan cabaran adalah lumrah hidup.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?.Dan sungguh,Kami telah menguji orang orang sebelum mereka ,maka Allah pasti mengetahui orang orang yang benar dan pasti mengetahui orang orang yang dusta"[29:2-3]


Semua akan hadapi cabaran cabaran ini.Yang berbezanya adalah cara kita mengatasi dan menghadapi cabaran itu.Moga hati ini dapat bersabar dalam menghadapinya dan tidak sama hanyut dengan cabaran cabaran yang mendatang.Hati ini perit bila melihat apa yang berlaku kepada orang lain,dan moganya tidak berlaku pada diri ini.Sesungguhnya setiap kejadian itu terselit di belakangnya seribu hikmah dan pasti...Allah itu adalah sebaik baik perancang.Allah jua mengetahui apa yang akan berlaku nanti.Kita hanya boleh berharap dan berdoa agar yang terbaik terjadi buat kita.Mudah mudahan.

Kepada sahabat sahabat.,teruskan kerjamu,kuatkan dirimu semoga Allah membantu usaha usaha kalian.Suburkan bumi UTP ini dengan anasir anasir bersih dan mendamaikan.Kuatkan semangat untuk hadapi semua cabaran,dan janji Allah itu adalah pasti.

"Wahai orang orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"[47:7]

Dan jangan lupa,untuk joging petang petang ya.Hahah.Fitness kena jaga.Kang time mukhayyam pancit lak.Hehe.Sori tak dapat bersama gara gara internship ni.First week of internship lak tu.Insyaallah bertemu lagi di lain program.Pasti akan merindui kalian semua.huhu.(Mood sedih sambil dengar lagu instrumental di Agar Bisa Menangis)







Kepada rakan rakan Cheme Jan 07,insyaallah,Selamat berinternship,jaga diri,jaga iman.Mudah mudahan kita balik dalam keadaan yang lebih baik.Boleh dikatakan intership period ini adalah tempoh transformasi seorang mahasiswa/i.Jadi,gunakan kesempatan ini untuk jadi seorang yang lebih baik.Kepada yang intern di plant plant,pakai PPE elok elok.Baru semalam ada kes melibatkan pelajar internship satu batch di atas kita.Mudah mudahan Allah melindungi kita semua.Terima kasih atas kenangan kenangan kita.Minta maaf atas salah silap aku.Aku tau aku banyak sakitkan hati kamu kamu,aku banyak spam,dan kadang kadang spam yang membuatkan orang marah,aku emosional ke,jadi,maafkanlah aku.Tempoh 8 bulan adalah tempoh yang panjang.Apa apa sahaja boleh berlaku.Takut takut tak dapat berjumpa lagi.Semoga Allah izinkan kita bertemu lagi.

[Mana ada banyak..huhu]







Enjoy your life.
Be a good muslim.Be a good son/daughter to your parents.Be a good friend.Be a good 'worker",Be a good housemate for those who rent house for internship,and 

be a GoodAmin=AminBaek?haha

(p/s:Zubair,terupdate gak blog..haha..padahal stadi xbes lg..hehe)

Wallahuallam
Blogger Templates
Muhammad Aminuddin Ishak
Universiti Teknologi PETRONAS


"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"[51:55]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails