Showing posts with label pembina. Show all posts
Showing posts with label pembina. Show all posts

May 23, 2012

~Penantian yang berakhir~

Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah masih lagi mengizinkan aku untuk terus hidup,untuk terus bernafas dengan nikmat yang super duper banyak dianugerahkan kepada aku..

Syukur lagi ku rafakkan kepada Allah dengan rahmat kurnianya,alhamdulillah,akhirnya penantian aku diakhiri dengan suatu kegembiraan.Menantikan jodoh?Haha

Penantian yang dirasakan begitu lama,iaitu placement kerja.

4bulan lebih setelah aku mengakhiri pembelajaran aku di Universiti Teknologi PETRONAS,dan 3bulan dalam tempoh waiting period oleh PETRONAS,akhirnya offer letter yang dinanti nanti akhirnya tiba di rumah.

Ini bermaksud,insyaallah,tidak lama lagi aku akan menuju ke fasa baru dalam kehidupan.Suatu kehidupan yang sangat mencabar diri,jati diri dan macam macam lagi.Kehidupan kan suatu ujian,jadi semestinya ia akan mencabar diri kita ni.

Pelbagai hikmah yang dipelajari sepanjang tempoh penantian ini.Belajar bersabar,ujian sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah,ujian bagaimana untuk menenangkan diri,dan juga ujian untuk kita bersyukur dengan apa yang diperoleh.Moga hikmah hikmah ini dapat membantu kita di masa hadapan.

Aku sangat bergembira dengan hadirnya offer letter ni.Tapi dalam kegembiraan aku,ada juga terselit kesedihan.Entah.Tak pasti sedih ke,kecewa ke.Haha.Kehadirannya yang sedikit lewat,mempengaruhi juga serba sedikit big decision yang perlu aku buat dalam hidup ini.Tetapi,aku redho.Pasti ada hikmah terselit dalam peristiwa yang telah berlaku kepada aku. :')

Kemudian,semalam,telah aku maklumkan tentang keputusan ini kepada anak halaqah.Sedih sebenarnya rasa.Ya lah.Hubungan semakin rapat.Mula mengenal peribadi masing masing.Pelbagai aktiviti telah dirancang.Tiba tiba,offer datang time time camni pulak kan.Haha.Ada hikmah,ada hikmah.(Tenangkan diri).Gembira dengar kata kata akhir,yang masing masing ingin berubah.Kegembiraan yang sangat sangat.Insyaallah,akan sentiasa mendoakan kalian.

Mudah mudahan,selepas ini pun,aku tetap berpijak di bumi yang nyata.Tugasan sebagai abdullah,hamba Allah,tidak pernah berakhir.Mudah mudahan aku mampu menjadikan diri aku sebagai seorang engineer muslim yang soleh dan musleh.Amin amin Ya Allah.~

~Mempersiapkan diri menghadapi kehidupan baru~

Mar 20, 2012

~Masa itu emas?~

Tarbiyah bukanlah segala galanya,tetapi segala galanya bermula dari tarbiyah

Suatu potong ayat yang membawa begitu besar maknanya kepada aktivis aktivis dakwah di dunia ini.Dan kata kata ini jugalah yang memberikan boost ataupun motivasi tambahan buat mereka untuk terus berkecimpung dalam arena dakwah yang sungguh mencabar ini.

Jika hendak dicoretkan halangan ,dugaan,cabaran,ujian yang merintangi jalan usaha ini,sudah pasti,tidak akan cukup kertas,tidak cukup semalam penceritaannya dan tidak cukup air liur untuk melafazkan.Terlampau banyak dan begitu banyak variasinya.Apatah lagi jika disingkapkan lagi hingga ke zaman Nabi nabi terdahulu.Subhanallah.

Justeru,ini bukanlah suatu tugasan mudah.Untuk mengharungi suatu langkahan panjang,persediaan yang secukupnya harus dipersiapkan.Kerana apa ?Takut takut,destinasinya hendak ke Perlis,tetapi petrolnya hanya cukup sampai di Kuala Lumpur.Kita takutkan jika bekalan yang hendak di bawa,tidak mencukupi untuk mencapai destinasi yang kita gapaikan.Dan persediaan yang paling utama sudah tentulah dengan persiapan diri bagi seorang dai'e atau penyeru.

Siapa pula dai'e ini? Kita!Kita yang telah mengucapkan kalimah syahadah,kita yang telah beriltizam sebagai seorang muslim di mana tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada kita sejak azali lagi.

Persiapan diri

Jadi persoalannya kini,sejauh mana telah kita persiapkan diri.Majoriti syarikat syarikat besar telah menglaksanaakan sistem Key Perfomance Index(KPI) untuk meneliti bagaimana pencapaian syarikat tersebut dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dalam menilai persiapan diri kita juga,ada KPI yang sepatutnya kita ambil sebagai suatu base untuk dirujuk sebagai self evaluation.Imam Hasan Al Banna ada menggariskan panduan buat muslim untuk menjadi suatu panduan buat kita iaitu Muwasofat Tarbiyah.Terdapat 10 ciri ciri yang disebutkan di dalam Muwasofat Tarbiyah ini.

Penilaian diri dengan menjadikan Muwasofat Tarbiyah ini sebagai rujukan boleh menjadi satu reflection,sejauh mana keberkesanan tarbiyah kepada diri kita.Sejauh mana usaha kita untuk berubah untuk memenuhi dan mencapai KPI ini.Dan harus diingatkan kembali,inti kepada tarbiyah adalah PERUBAHAN.

Harithun A'la Waktihi

Di sini saya berminat untuk menyentuh satu ciri di antara 10 ciri yang digariskan oleh Imam Hasan Al Banna,yakni Harithun A'la Waktihi(berdisplin dengan masa).Kenapa ciri ini diletakkan sebagai satu KPI dalam tarbiyah?

Di dalam Islam,penjagaan waktu adalah sangat sangat penting.Pertama,bila dilihat dari segi praktikalitinya,iaitu Solat fardhu kita.Di dalam sebuah hadith,Nabi pernah ditanya oleh seorang sahabat,"Ya Rasulullah,apakah dia amal yang paling disukai oleh Allah?"Maka Rasulullah menjawab "Solat pada awal waktu".Ternyata,solat pada awal waktu sangat sangat disukai oleh Allah.Dan ini memerlukan pendispilinan dalam menjaga masa.

Kemudiannya,jika kita telusuri baik baik kalimah kalimah Allah.Begitu cantik.Allah bersumpah dengan perkataan masa sebanyak 33 kali."Wal Asr",Wad Dhuha",Wal Lail" dan berikutnya.Ini menunjukkan betapa pentingnya masa hinggakan Allah bersumpah dengan kalimah masa ini.Dan di dalam surah Al Asr,di dalam ayat kedua

"Sungguh,manusia berada dalam kerugian"[103:2]

Penggunaan kalimah 'inna' yang membawa maksud sungguh itu merupakan perkataan tawkit atau di dalam tatabahasa melayunya ialah kata penguat.Jika diterjemahkan secara langsung di dalam bahasa Melayu,ianya sepatutnya menjadi " amat sangat sungguh" untuk menunjukkan sesungguh manusia ini benar benar di dalam kerugian.

Dan akhir sekali pernahkah kita mendengar suatu pepatah arab yang berbunyi " Masa itu ibarat pedang,Jika kita tidak memotong,niscaya ia yang akan memotong kita"..Lihatlah akan kepentingannya.Dan tidak ketinggalan juga pepatah Melayu iaitu "Masa itu emas".Pelbagai pepatah dicipta untuk menunjukkan bahawa masa itu sangat sangatlah penting,sangat sangat berharga.Tetapi,sejauh mana kesedaran kita?

Realitinya

Rupanya,kita masih lagi tidak menyedari akan kepentingan masa ini.Masa kita banyak dibazirkan.Masa kita banyak dihabiskan dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Soal ketepatan masa bukan lagi dijadikan suatu priority dalam gerak kerja dakwah,sebaliknya hanya dijadikan bahan gurauan dan gelak tawa."Janji Melayu" kerap sekali dijadikan sebagai alasan.Nauzubillah.Betapa kita hampir tersasar jauh dari KPI yang patut dicapai oleh seorang yang bergelar dai'e.

Apa lagi yang hendak kita seru?Mari kita muhasabah.

Meeting yang penting,kita lengah lengahkan.Tugasan yang diberikan dilaksanakan pada akhir waktu dan hasilnya sekadar melepaskan betuk di tangga,hanya sampai di usrah dan halaqah ketika separuh majlis sudah berlalu,mengingkari janji dengan orang lain.

Inikah qudwah yang ingin kita tonjolkan?Nauzubillah.Janganlah ini yang kita tampilkan untuk dicontohi anak usrah ataupun kader seperjuangan.Ini bukanlah satu nilai Islam yang patut dibanggakan.Sebaliknya,harus kita malu atas kealpaan kita ini.Harus!!

Ya.Ianya nampak enteng.Maklumlah.Diri kita yang lewat,diri kita yang alpa,diri kita segala galanya.TAPI!!..tidak sedarkah kita yang tindakan ini akan mempengaruhi gerak kerja orang lain.Mempengaruhi hasil dakwah orang lain kerana dakwah ini bukanlah kita seorang,bahkan jutaan umat yang lain.Astagfirullah.

Muhasabah

Moga kita yang membawa Islam,sama sama lah kita bermuhasabah atas kealpaan ini.Ramai orang memerhatikan kita.Dan jangan terkejut,faktor faktor sebegini jugalah yang banyak diambil sebagai penilaian oleh golongan yang hendak kita dekati.Mari kita sama sama berubah.Jika kita hormati masa orang lain,pasti orang lain akan hormati masa kita.Insyaallah.Moga perubahan yang lebih baik akan meninggikan nilai Islam ini dan kemudiannya menjadikan dakwah Islam menjadi lebih gencar.Mudah mudahan...

Astagfirullahallazdhim..Moga bermanfaat buat kita bersama.

Note:Teringat scene di dalam Wolves of the Valley,di mana van yang di bawa ketika mengambil 3 org watak utama itu(yang sedang dikejar askar Israel),sampai tepat pada masanya.Bayangkan jika van tersebut sampai lewat seminit.Apa yang akan terjadi?
Note:Pernah menjadi Head suatu department,dan inilah antara perkara paling awal saya perjelaskan.Kemudian mendapat respon dari anak buah mengenai kekecewaan beliau terhadap event Islamik yang sering tidak punctual
Note:Imam Ghazali bertanya,apakah yang paling jauh sekali dan jawapannya ialah Masa lampau.Jangan biarkan masa kita berlalu begitu sahaja.

Jan 11, 2012

~Alhamdulillah~

Kesyukuran ku panjatkan kepada Allah ,dengan limpah rahmatnya,masih lagi Allah memberikan aku peluang untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini dan untuk terus menjadi hamba Allah yang beribadah kepadanya.

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku"[51:56]

Pabila dihitung hitungkan,nikmat yang Allah kurniakan kepada kita,Subhanallah.Tidak terkira.Nikmat Iman Islam,pancaindera,hidup,harta benda,ibubapa,kasih sayang,kawan yang baik dan panjang lagi jika nak disenaraikan.Bahkan mungkin sahaja banyak lagi yang akan kita terlepas pandang akan nikmat nikmat ini.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh Allah benar benar Maha Pengampun,Maha Penyayang"[16:18]

Dan jika kita perasan,sebenarnya bukan sahaja perkara perkara baik menjadi nikmat,bahkan perkara yang pada pandangan kita ,sesuatu yang tidak baik juga adalah satu nikmat.

Sebab itulah kita disarankan agar selalu selalulah kita bersyukur.Kita ingat Allah dalam segala apa yang kita ada.Kita ingat Allah atas apa sahaja yang berlaku.Supaya yang kita akan sentiasa sedar,yang kita ini hamba Allah.Hamba yang mendambakan kasih sayang dan nikmat Allah.Mendambakan untuk apa?Untuk kita terus survive di dunia,untuk dibawa bekalan ke sana.Syukur itu lebih tinggi tingkatannya dari Sabar,Mungkin seseorang boleh bersabar dengan dugaan dugaan yang melanda tetapi jarang jarang orang bersyukur pabila diuji.

Jadi,perbanyakkan syukur.Tidak rugi.Hati tenang,jiwa tenang.Untuk melampiaskan rasa syukur,bukan sekadar melafazkan 'Alhamdulillah' atau pun sekadar update status di Facebook ^_^ ,tetapi haruslah kita untuk menterjemahkannya kepada bentuk amal.Bangun awal,Solat sunat tahajud,Subuh berjemaah,solat berjemaah dan lain lain lagi.Seperti mana yang Allah firmankan kepada Nabi Daud,"lakukan syukur".Allah tidak menyuruh Nabi Daud untuk "lafazkan syukur".Dan seperti mana yang kita biasa dengar,kisah Nabi Muhammad s.a.w yang solat sunat hingga bengkak bengkak kaki.Dan pabila ditanya,Nabi menjawab ,"Salahkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur?"Subhanallah.

Akhir kata,serikanlah harimu dengan kesyukuran..

"Wahai manusia!Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?Tidak ada tuhan selain Dia;Maka mengapa kamu berpaling(dari ketauhidan)"[35:3]


Nov 27, 2011

~1 Muharram 1433H~

Alhamdulillah.Akhirnya 1 Muharram 1433H telah pun melabuhkan tirainya semasa entry ini ditulis.Hari ni terasa happy dan puas hati sangat bila segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Pada malam 1Muharram semalam,alhamdulillah,dapat membuka lembaran baru,pada tahun baru ini dengan mabit bersama di Masjid Annur.Dengan bertemakan ukhuwah dan hijrah ,mudah mudahan pengisian yang kita dapat,digunakan sebaiknya dalam melakukan hijrah ke arah yang lebih baik.Jauh lebih baik dari sebelum ini.Seperti kebiasaan,aktiviti berakhir dengan tidur dan kemudiannya bangkit bersolat sunat.

[Kucing mabit bersama]

Selepas,Subuh berjemaah,disambung lagi dengan Al Mathurat bersama.Aktiviti kesukaan ikhwah pula menyusul kemudian yakni bersarapan bersama.Disebabkan akan ada kunjungan ziarah dari ikhwah ikhwah Uniten,maka terus kami menuju ke kedai basah untuk membeli bahan bahan mentah untuk tujuan memasak.Kat sini yang menarik ni.Hehe.

Jadi,sementara menunggukan kedatangan tetamu tetamu khas ni,maka bergotong royong lah semua jejaka jejaka di dapur.Hehehe.Di sinilah masing masing menunjukkan skil terpendam.Jangan disangka tangan yang keras tidak mampu memasak.Haha.




Akhirnya,menjelang tengah hari ,tetamu yang ditunggu tunggu pun sampai.Syukur..Dan tanpa menunggu panjang,terus bersiap siap untuk beraksi di atas court futsal di bawah cahaya matahari yang terik.Hoho.-_-.

Dan aktiviti seterusnya sudah tentulah menikmati hasil tangan ikhwah ikhwah bujang yang mempunyai potensi(hehe) dan seterusnya bersolat Zohor.Then,diteruskan lagi dengan perkongsian ikhwah UTP sebelum bergerak berphotoshoot di sekeliling UTP.dan program semuanya berakhir lebih kurang 6 lebih.(malas nak elaborate panjang panjang,da ngantuk da.Hehe)

[Sesi perkongsian dan taaruf]


Apa apa pun,jazakallahu khair diucapkan pada semua ikhwah ikhwah Pembina Uniten yang sudi berkunjung dan insyaallah,nantikan pula kunjungan kami ke sana.Moga dipermudahkan urusan.Moga silaturahim yang terjalin terus berkekalan dan mengencarkan gerak kerja di medan masing masing.Amin~

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Maha Perkasa,Maha Bijaksana"[8:63]

Ayuh kentalkan semangat untuk kita berhijrah.!Salam Maal Hijrah!

note:Menantikan gambar yang lebih banyak dari kameraman utama.hehe

Nov 20, 2011

~Diri ini~

Hai.Aku merupakan seorang pelajar yang berusia 22 tahun.Bagi aku,22 tahun sudah pun beranjak ke usia matang.Matang dari pelbagai segi.Justeru,selalu juga aku memeriksa diri aku..Dah matang ke belum?Dah dewasa ke belum?Dah baek ke belum?

Soalan soalan yang tidak mampu dijawab oleh diri sendiri.
Soalan soalan yang jika dijawab sendiri,seolah olah hanya menipu diri sendiri
Soalan soalan yang hanya boleh dijawab seseorang yang melihat dari luar

Mungkin pebagai jawapan yang akan diberikan..Ada yang menyenangkan hati,ada juga yang menyiksa telinga pabila mendengar.Hakikatnya,kita perlu terima.

Aku ini manusia biasa.Manusia yang sering melakukan kesilapan,sering melakukan kemaksiatan.Nauzubillah.Dulu kala,ada juga yang mempersoalkan tentang address blog ini,penggunaan nickname 'AminBaek"."Kau tu bajet baek ke?""Perasan baek la tu".Dan hingga kini,ada juga yang membezakan aku dengan Amin yang lain dengan perkataan "baek" di situ.Kadang kadang rasa malu juga bila dipanggil sebegitu.Kerana aku masih tak layak,dan mungkin takkan pernah layak digelar sebegitu.Hinggakan rasa menyesal menggunakan nickname 'sengal' ini.Hehe

Aku akui terlampau jauh untuk aku mencapai marhalah "baek" itu.Terlampau jauh..Dengan pelbagai kemaksiatan yang aku buat,dengan pelbagai dosa yang dilakukan,jauh...Sayup dari pandangan.

Tetapi,Allah itu Maha Penyayang.Pelbagai aib aku,pelbagai dosa aku Allah simpankan erat erat dari pengetahuan umum.Jika ianya dibukakan,mana tau,mungkin menjadi fitnah buat agama.Mungkin juga menjadi fitnah bagi mereka yang membawa agama.Nauzubillah.

Jadi,apakah harus aku lalai dengan kesempatan yang diberikan?Sedangkan pintu taubat dibuka seluas luasnya,Allah membukakan tangan kepada mereka yang bertaubat(hadith),Allah juga sedia mengampunkan dosa sehingga manusia itu bosan untuk bertaubar(hadith).Dan apa yang aku tahu,aku harus sentiasa memperbaiki diri,perbaiki amal,dan berubah.

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"[3:133]


Aku bersyukur Kau kurniakan sahabat sahabat yang baik.Yang sudi berbicara perihal agama denganku,yang sudi mentasmi' hafazan ku,yang sudi bercerita tentang masalah ummah denganku,yang mengambil berat perihal iman dan mutabaahku.Allahuakbar.

Sesungguhnya aku bersyukur diperkenalkan kepada sahabat sahabat hebat ini.Wajah wajah suci yang kerap kali mengingatkan aku kepada Tuhan.Wajah wajah yang sering menaikkan kembali diri ini dari kefuturan.Kata kata dari mereka juga yang bisa membuatkan aku menangis,mengenang dosa dosa maksiat yang aku lakukan.Terima kasih Allah.Benarlah kata kata "sahabat yang soleh,adalah nikmat terbesar selepas nikmat iman dan nikmat islam.Maka,jagalah ia sebaiknya"

Syukur ya Allah atas segala nikmat.Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati.Kau tetapkanlah kami dalam agamaMu dan dalam ketaatan kepadaMu.Kau permudahkanlah urusan kami.Terima kasih atas nikmat ini.


Oct 29, 2011

~Debat Umum~

Hujan mencurah curah jatuh ke bumi.Angin menderu menyapa bilik dingin ini.Selimut ditarik menutupi badan.Tiba tiba kedengaran laungan azan dari telefon pintarnya.


Hati: Zamri,sudah masuk waktu solat.Jom bangkit.Kita solat berjemaah di surau.

Nafsu: Tunggulah dulu.Lagipun kan tengah hujan,Takpe pun kalau solat sendiri kat bilik.Lagi mudah.Kau pun boleh sambung tidur.Sejuk betul sekarang ni.Bukan selalu hujan camni.

Iman: Bangkitlah wahai anak Adam.Ini bukanlah cara untuk kau bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan.Bangkit ,solatlah berjemaah di surau

"Alhamdulillah.Dapat pun qailullah".(Bangkit ke tandas mengambil wuduk)

Nafsu: $%**+%$#@

Mereka sentiasa berdebat.Kita mahu ikut yang mana?Iman @Nafsu?

Tepuk dada,Tanya Iman

Oct 27, 2011

~Bukit Kledang~


‎"Tidakkah engkau(Muhammad) aku bahwa kepada Allah-lah bertasbih apa yang di langit dan di bumi,dan juga burung yang mengembangkan sayapnya.Masing masing telah mengetahui(cara) berdoa dan bertasbih.Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan"[24:41]

~Rehlah Perdana~

Syukur setinggi tinggi syukur aku rafakkan kepada Allah.Alhamdulillah,akhirnya tercapai juga impian aku untuk berehlah bersama dengan halaqah aku.Meskipun dek hambatan tugasan masing masing,syukur kerana semua masih lagi sudi menginfakkan masa untuk bersama sama berprogram.

Antara asbab utama program ini untuk mengeratkan hubungan sesama kami.Status selaku pelajar tahun akhir juga memotivasikan aku untuk berjalan bersama(pasni takde peluang nak macam ni lagi).

Untuk memenuhi tiga perkara untuk mengeratkan hubungan,yakni:
1)Mabit bersama
2)Makan bersama
3)Bermusafir bersama

Justeru aktiviti pertama bermula dengan usrah dan diteruskan dengan mabit bersama.Indahnya rasa pabila melihat rakan rakan semua bangkit untuk qiam bersama.Perasaan yang hanya diketahui oleh Allah.Terlampau bahagia.



 Menyusul kemudian,aktiviti memanjat bukit kledang dan bersarapan di atas bukit menghadap sinaran matahari pagi.Subhanallah.Alam membentangkan dirinya buat kita mentadabbur,mendekatkan diri pada Allah.Dan di sini,...aku sangat penat~.Haha.


Setiba di KoTaRaJa,kami dihidangkan satu kuliah dhuha oleh Ustaz Munawir yang merupakan antara pengisi di Perak.fm.Best penyampaiannya.Kalau diberi kesempatan lagi,insyaallah nak try follow kuliah kuliah Ustaz ni.Mantap.Kuliah berakhir lebih kurang jam 11 lebih pagi dan disusuli dengan aktiviti yang aku sangat berat hati nak tolak.Makan free~Haha



Aktiviti yang ditunggu tunggu yakni BBQ dan bermandi manda.Punya lambat api nak hidup.Risau je kot kot tak sempat nak setel sume.Haha.Tapi akhirnya hidup juga api dengan izin Allah.Program berakhir dalam jam 3.30 petang.Sampai ke UTP,longlai terus.Haha



Apa apa pun,jazakumullahukhairankathira diucapkan buat semua rakan rakan.Hilang terus rasa cuak FYP takde progress lagi ni.Huhu.Moga terus beristiqamah,umpama air sungai yang terus mengalir dan bermanfaat buat manusia yang lain.

Sep 29, 2011

~Bersama-samalah kita~

Aku buka entry ini dengan sebuah ayat yang begitu mendalam maksudnya.

"Dan bersabarlah engkau(Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan  perhiasan kehidupan dunia;dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami,serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas"[18:28]

Sepotong ayat muhkamat yang jelas isi kandungan dan mesejnya.Ayat yang sempat dikongsikan dengan halaqah baru baru ini.Antara mesej yang disampaikan

*Bersabarlah kita dengan orang yang mengajak kepada kebaikan(kepada Allah)
*Janganlah menjauhi mereka kerana mengharapkan dunia(keseronokan dunia dan sebagainya)
*Janganlah kita mengikuti/menuruti orang yang telah dilalaikan /mengajak kita kepada kelalaian seperti mereka.

Bila diajak kepada kebaikan,ayuh,ringan ringankanlah.Bila diajak kepada keburukan.kemaksiatan,ayuh tangguh tangguhkan dan tinggalkanlah.

Moga diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab berat yang diberikan,dan kekuatan untuk memperbaiki diri.

Sep 1, 2011

~Perutusan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Jadi 2011~

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar

Setinggi tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,dengan limpahan kurnia rahmat dan keizinannya,aku masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas,menghirup udara percuma yang Allah berikan ini,di dalam bulan Syawal ,bulan kemenangan ini.

Setelah sebulan kita sama sama bermujahadah,menentang hawa nafsu yang meliar,hawa nafsu yang bijak menggoda,dan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri,dan kini tibalah hari kemenangan dan sering dikatakan sebagai hari untuk bergembira.


Benarkah hari raya Aidilfitri untuk bergembira?

Mengikut sebuah hadith Rasulullah,memang tidak salah untuk kita bergembira di hari perayaan ini.Bahkan dizinkan kita untuk berhibur(mengikut syariat Islam) di hari perayaan.Hiburan kita yakni umat Islam,adalah dengan mengeratkan silaturahim,mengukuhkan ukhwah,saling berziarah dan macam macam lagi.

Tetapi ,mengapa kita bergembira?Cuba tanya diri kita balik.

Jika kita gembira,tapi tiada asbab nya,kita adalah gila.

Dalam masa sama,kita bergembira menyambut kemerdekaan.Bila ditanya mengapa gembira.Maka jawapannya,kerana kita telah bebas,terlepas dari cengkaman penjajah British,Jepun ,Belanda dan lain lain.Ya!Itulah alasan yang konkrit untuk kita bergembira.

Begitu juga dengan Syawal.Kita sepatutnya gembira selepas kita merdeka dari dua perkara.Perkara pertama ialah merdeka dari syaitan.Maksud merdeka dari syaitan ini bukan bermaksud tidak digoda syaitan lagi,tetapi merdeka dari pengaruh dan godaan syaitan.Selama sebulan Allah merantaikan syaitan syaitan berdasarkan dari sebuah hadith(ada khilaf mengenai syaitan drantai)

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Tempoh madrasah Ramadhan ini sepatutnya sudah mampu untuk membebaskan diri gangguan dan godaan syaitan.Jadi,mari kita lihat diri kita kembali.Sudahkah kita merdeka?

Perkara keduanya pula ialah nafsu.Ya ,nafsu dalam diri.Sejauh mana kita telah berjaya merantai,mengawal nafsu kita dari menguasai kita.Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk nafsu menguasai kita kerana dalam firman Allah dalam surah Al Jatsiyah,ayat ke 23

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? "

Harus kita ketahui bahawa nafsu ini bukanlah hanya pada nafsu syahwat semata.Pelbagai nafsu lain seperti nafsu makan,nafsu berbelanja,nafsu itu,dan nafsu ini.Jadi,sekali lagi,mari kita lihat diri kita.Sudahkan kita merdeka.?Cara mudah nak check,lihatlah bagaimana sambutan raya kita.Adakah kita menuruti nafsu dalam membeli persiapan raya,berbelanja,makan?

Jika kita merdeka dari kedua dua perkara ini,maka layaklah kita untuk bergembira.Kita sudah alasan konkrit untuk bergembira.Bila merdeka dari 2 perkara ini,insyaallah taqwa itu akan datang dengan sendiri.

Aku ada menerima sebuah mesej aidilfitri yang betul betul membuatkan aku takut dan tersentap .Mesejnya berbunyi lebih kurang begini.

"Jika kamu beristiqamah dengan perbuatan baik,tanda ibadah kamu diterima Allah,dan jika kamu kembali melakukan kemaksiatan yang kamu tinggalkan semasa Ramadhan,penghinaan dan penolakan ibadah kamu oleh Allah"

Astagfirullah.Allah,berikan aku kekuatan untuk beristiqamah walaupun aku sedar,istiqamah itu sesuatu yang berat.Moga kita semua dapat beristiqamah.Subuh berjemaah,qiamullail,tilawah al Quran.Sekarang baru raya ketiga,dan aku tengok jemaah di surau ketika subuh pun,sudah kembali ke muka muka lama,yakni pakcik pakcik.Ayuh anak anak muda.!!Jika Ramadhan kita boleh,pasti Syawal dan bulan yang lain juga kita boleh.


Hari ini sudah masuk bulan baru,1 September dan menandakan umur aku juga berganjak bertambah lagi 1 nombor menjadi 22.Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang masuk ke FB dan juga handphone.Sangat sangat aku hargai.Dan moga doa dari kalian makbul(terutama tang nikah.hahaha).

Akan tetapi,dalam kegembiraan kita,kenalah selitkan sedikit rasa gusar.Kerana apa?Umur itu hanyalah angka semata.Tetapi apa yang pasti,usia kita semakin pendek.Rasa gusar pula bila mengenangkan cabaran di masa depan dan ajal yang semakin hampir.Dengan amal yang tidak seberapa,pasti aku belum bersedia.Apa pun syukur pada Allah kerana memanjangkan umur sehingga ke angka 22.Angka di mana Al Fateh berada di kemuncak pentadbirannya.

Ya Muqalibbal Qulub,Tsabit qulubbana ala thoa'tik

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari Amin dan bakal isteri(hahahhaa) serta keluarga

Jan 28, 2011

~Off~


Off urusan di UTP weekend ini

Untuk urusan di Melaka tercinta.hehe

KEMM 1511 + rumah

Insyaallah..

"MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT"

Note: Saja sibuk2 nak update,padahal takde isi
note:Subject Malaysian studies.A nice subject

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails